Thursday, 11 August 2011
MOHON REDA-MU
Ya ALLAH,
seandainya dia tercipta untukku,
dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
tautkanlah ikatan kasih antara kami,
redhakanlah hubungan nan suci ini..
Ya Rabbul Izzati,
seandainya dia bukan untukku,
redhakanlah hatiku dengan ketentuan-Mu,
berikanlah dia kebahagiaan yang hakiki,
tabahkanlah hatinya menempuhi hari-Mu..
Ya Mua'lim,
seandainya dia benar jodoh hidupku,
kekalkanlah ukhwah ini seindahnya,
seindah, secantik, seharum bunga kasturi,
yang mekar mewangi harum di bawah naungan-Mu..
Ya Aziz,
peliharakanlah hubungan kasih kami ini,
redhailah ikatan suci yang KAU janji ini,
berikanlah sejuta tautan kasih-Mu,
agar setiap detik ashaf naluri kami,
sentiasa berada dalam genggaman rindu-Mu,
mekar kekal hingga ke syurga firdausi..
Gadis Desa,
9 Ogos 2011,
8.35 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment