PROLOG
- Jaga diri ya sayang. Jangan lupa mkan. Jaga Najmi baik2. Ptng nanti
Insya-ALLAH abng sampai kat airport Skudai. – Amri
Mukhris
Arisa Maria yang membaca mesej
suaminya itu tersenyum sendiri. Dia kini berada di rumah mama mentuanya, Datin
Marissa menjaganya dan dia akan menghabiskan waktu pantang yang tinggal
seminggu je lagi. Menahan rindu dia pada suami tersayang apabila baru sahaja
dia dua minggu melahirkan anak sulung mereka Muhammad Faiz Najmi bin Amri
Mukhris, suaminya itu dah kena pergi ke New Zealand kerana ada urusan kerja
yang perlu dibereskan. Apa boleh buat, demi mencari rezeki untuk anak dan
isteri, terpaksalah pergi juga. Mungkin dah rezeki anak.
Rindu benar dia pada suaminya itu.
Walaupun sudah beranak sorang, namun dia dan suami tetap bergaduh manja,
bergurau senda. Sekurang-kurangnya hubungan dia dan suami semakin erat. Kalau
orang cakap setiap kejayaan lelaki pasti ada wanita di belakangnya. Pada bagi
Arisa Maria, dia tidak. Kejayaan dirinya disokong oleh suaminya dan juga abang
kandungnya Hadi Azman. Syukur, kini Arisa Maria boleh hidup senang dan bahagia.
Anak sulungnya juga merupakan pengikat kasih hubungan mereka berdua. Setiap apa
dugaan, halangan dan cabaran yang ALLAH beri tu mesti ada hikmahnya kan.
Percayalah. ALLAH tak kan menguji hamba-Nya dengan dugaan yang tak tergalas
oleh hamba-Nya. Kalau dulu Arisa Maria di bawah jagaan Hadi Azman abangnya,
kini bila dah berkahwin dia di bawah jagaan suaminya pula, Amri Mukhris.
Tengok, betapa ALLAH sayangnya pada wanita sampaikan ALLAH tak bagi wanita tu
berkeseorangan.
Lihat manusia dan ALLAH. Betapa
berbezakan status hamba dan pencipta-Nya. Kalau kita ni manusia bila ada orang
buat salah dengan kita, tambah pula orang yang kita sayang tu dah buat hati
kita hancur luluh, bila orang tu minta maaf pasti sukar kita maafkan. Malah
kalau boleh kita nak jauhkan diri lagi dari orang tu. Cuba kalau ALLAH, makin
kita dekatkan diri pada-Nya, makin ALLAH dekat dengan kita. Ya, ALLAH itu maha
Pengampun. Kita sebagai manusia pintalah apa sahaja, pasti akan ALLAH tunaikan.
Tak kiralah sama ada cepat atau lambat. ALLAH juga makin sayang dengan
hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya. Bukan saja ALLAH, tapi segala makhluk
di muka bumi ni mendoakan kesejahteraan kita, sama ada tumbuhan atau pun
haiwan. Subhanallah.
Arisa Maria membalas mesej suaminya
sambil senyuman tak lekang dari bibir. Anaknya, ada di sebelah sedang nyenyak
tidur. Penat barangkali. Mana taknya malam je dah puas berjaga.
-
Ya abg syg. Risa jaga anak abg ni baik2. Jgn risau. Risa doakan abg slmt smpi.
We all love u so much! Muah3 J
- Arisa Maria.
Amri Mukhris yang membaca mesej
isterinya tersengih sampai ke hujung gigi. Dah ada anak sorang pun masih lagi nak menggatal balas-balas mesej macam masa
muda-muda dulu ke? Tangan kirinya menarik beg pakaian dan masuk ke lapangan
terbang New Zealand untuk pulang ke Malaysia tak lama lagi. Tak sabar rasanya!
Nak tengok anaknya dan isterinya. Perasaan rindu dah tinggi menggunung kalah
Gunung Kinabalu!
Amboi Ris! Mama dengan papa yang
membesarkan kau terus kau lupakan ya! Eh, mama dengan papa tetap ada dalam hati
ni. Ingat Ris, isteri tu letak nombor dua. Mama tu walau macam mana sekali pun
tetap nombor satu ok! Sekarang yang paling dirindunya anak kecilnya, Najmi!
Isteri tak payah cakaplah. Kalaulah mereka masih berdua dah lama dia angkut
isterinya itu pergi sekali ke New Zealand. Boleh juga honeymoon kali kedua. Bahagianya rasa hidup ni bila berada di
samping orang tersayangkan! Untunglah hang Ris!
SATU
Malam itu hujan turun dengan lebat,
selebat turunnya berjujuran air mata Isma Maria. Malam itu maruahnya telah
tergadai, kecewa rasa hatinya, apabila diperlakukan sebegitu. Hancur remuk rendam
hatinya. Betul-betul dia tidak menyangka bahawa hari ini terjadilah sejarah
hitam dalam hidupnya. Malu betul dia tadi apabila pulang dengan baju yang koyak
rabak, terdedah sana sini. Nasib baik dia pulang malam, kalaulah pulang siang.
Pada siapa dia nak tayang muka, pasti malu teramat! Siapa yang telah merosakkan
mahkotanya yang selama ini dia pertahankan, menjadi tanda tanya Isma Maria.
Bingung!
Tidak dapat Isma Maria bayangkan
apakah nasib hidupnya pada masa akan datang, semua harapan dan impiannya
musnah. Tentu dia akan di pandang hina oleh masyarakat. Dia tidak dapat
membayangkan seandainya dia akan mengandung hasil daripada hubungan intim yang
tanpa kerelaannya. Lewat malam itu Isma Maria menangis sepuas-puasnya hinggalah
dia tertidur dengan baju yang masih tidak ditukar. Akhirnya Isma Maria lena
dengan tangisan. Baginya malam itu merupakan mimpi ngeri yang sukar diluputkan
dalam ingatannya. Namun, apa sahaja yang mampu dia lakukan, dia tidak berdaya.
Nasi sudah menjadi bubur. Jauh di sudut hati Isma Maria dia berdoa agar tiada
lagi apa-apa yang berlaku pada dirinya. Dia pasrah dan reda dengan
ketentuan-Nya, dia yakin, pasti ada hikmah yang Allah kurniakan pada masa
hadapan.
Arisa Maria
yang terjaga daripada lenanya kerana terdengar perbualan yang agak kuat antara
Isma Maria, kakaknya dan Hadi Azman, abangnya. Dia menoleh ke arah dinding, jam
menunjukkan tepat pukul empat pagi.
“Adi,
tolonglah jangan tanya apa-apa pada Kak Long sekarang buat masa ni. Fikiran Kak
Long tengah buntu ni. Kak Long bingung. Kak Long rasa Adi pun tahu apa yang
terjadi pada Kak Long bila tengok keadaan Kak Long yang macam ni. Kak Long
tengah tak dapat kawal perasaan ni. Apalah nasib Kak Long Adi? Adi tolong
rahsiakan perkara ini daripada pengetahuan adik. Kak long tak nak adik susah
hati dengan keadaan Kak Long.” Tokoh Isma Maria. Rayu Isma seperti anak kecil
kepada adiknya. Wajahnya sugul, menggambarkan isi hatinya yang sedang rawan kala
ini. Air mata yang mengalir di pipi dikesat syahdu.
“Tapi Kak
Long, Adi adik Kak Long. Masalah Kak Long, masalah Adi juga. Tolong ceritakan
pada Adi siapa yang melakukan sebegini pada Kak Long. Tolong Kak Long, tolong
ceritakan pada Adi. Biar Adi ajar jantan keparat tu!” Hadi Azman berkata kepada
Kak Longnya dengan penuh tanda tanya, riak wajahnya jelas menahan marah.
Dia berang
kerana tergamak lelaki durjana yang bernafsu binatang, manusia bertopengkan
syaitan itu melakukan perkara terkutuk sebegitu. Kak Long dirogol! Ya ALLAH,
dunia ini bagai gelap rasanya. Apalah nasib Kak Longnya yang baik hati itu. Apa
dosa Kak Long sampai tergamak lelaki tak berguna tu lakukan sedemikian? Jika
betul mahukan Kak Longnya, masuk sahaja meminang. Sudah tentu Kak Long miliknya
secara mutlak.
Pada
awalnya, Hadi Azman sudah merasakan sesuatu yang akan menimpa Kak Longnya.
Namun dia tetap sedapkan hati, menunggu Kak Longnya pulang dari kerja. Sehingga
jam menunjukkan pukul 12 malam, Isma Maria masih tidak menampakkan muka untuk
pulang ke rumah. Akhirnya Hadi Azman bertekad untuk keluar mencari Kak Longnya
di tempat kerja. Mungkin Kak Long masih berada di tempat kerja untuk menanti
hujan berhenti dengan reda sedikit. Malang sekali, nasib tidak menyebelahi Hadi
Azman. Naluri hatinya tertanya-tanya, Kak Long tiada di tempat kerjanya.
Selalunya Kak Long tak pernah pulang lewat sebegini. Kalau lewat pun pasti akan
diberitahu terlebih dahulu. Hadi Azman pulang ke rumah dengan perasaan hampa,
hingga terlena di ruang tamu menunggu Isma Maria yang masih tidak
pulang-pulang.
Selang beberapa jam, Hadi Azman
terjaga daripada lenanya. Baru sahaja Hadi Azman mahu membuka pintu bilik Isma
Maria, tiba-tiba Kak Longnya muncul mahu keluar daripada bilik dengan bajunya
koyak rabak. Memang dah tak boleh pakai dah baju tu, macam pengemis! Dengan
lumpurnya, debu-debu lagi. Tak lain tak bukan mesti dekat semak ni. Dalam pada
itu Isma Maria menangis teresak-esak seperti anak kecil. Hadi Azman hairan
dengan keadaan dan perlakuan kakaknya itu.
Arisa Maria bersembunyi
di balik pintu bilik tidurnya sambil mendengar perbualan antara kakaknya dan
abangnya. Hatinya tertanya-tanya mengapa Kak Longnya pulang dengan keadaan yang
sebegitu. Matanya begitu khusyuk memerhati keadaan Isma Maria. Malam itu Arisa
Maria tidak boleh tidur dengan nyenyak sebaik saja terjaga mendengar
perbualannya abangnya dan kakaknya. Matanya tidak boleh terlelap hinggalah azan
berkumandang menandakan masuknya waktu solat Subuh.
Usainya azan
Subuh, Arisa Maria pantas bangun untuk menunaikan solat Subuh. Kurang khusyuk
solatnya kali ini. Dalam mindanya hanya terfikirkan rahsia Kak Long! Pagi itu
apabila Arisa Maria masuk ke dapur, dia lihat kakaknya sedang menyediakan
sarapan nasi goreng untuk dibawanya ke sekolah. Terdetik juga di hati Arisa
Maria untuk menanyakan Kak Longnya atas apa yang sudah terjadi semalam. Namun
apabila teringat akan kata-kata Kak Long terhadap abangnya Hadi Azman, Arisa
Maria membatalkan niatnya itu. lagi pula tengok muka Kak Long yang bermuram
durja. Takut pulak nak menegur. Nanti tak pasal-pasal Kak Long menangis pula.
Tapi dalam fikiran Arisa Maria dia dapat mengagak apa yang terjadi atas diri
Isma Maria malam tadi.
Entahlah,
hidup ni macam roda. Kadang-kadang kita dekat atas, masa tu kita tengah
bahagia, senang dekat kemewahan dunia hinggakan kadang-kadang kita lupa yang
kita sentiasa diuji Tuhan yang satu hari nanti pasti akan susah jugak hidup.
Putaran hidup, siapa yang tahu. Tak ada siapa yang boleh menolak takdir. Kadang
kala pula kita berada di bawah. Pada masa tu barulah kita tahu ertinya susah,
terasa diri ditindas. Masa tu baru kita tahu dan percaya bahawa dalam dunia ni
bukannya semua orang yang boleh kita buat sahabat. Erti dan sahabat dan kawan
itu juga sebenarnya jauh berbeza. Kawan adalah orang yang hanya berada di samping
kita di waktu kita senang, di waktu kawan itu memerlukan hiburan. Mereka yang
bernama kawan ini akan cari kita. Tapi sahabat ni boleh dikatakan seribu dalam
satu. Sahabat adalah orang yang sudi bersama kita di kala susah mahu pun
senang. Orang yang boleh bersedih di waktu kita sedang berduka lara. Bukan
senang nak cari sahabat sebegini. Bukan senang. Jauhilah kawan yang tikam kita
dari belakang, yang suka mengadu domba. Jauhi mereka kerana kelak merekalah
antara orang yang boleh menjadi duri dalam daging.
Lantas Arisa Maria masuk ke bilik
air untuk bersiap-siap mandi dan ke sekolah. Hari ini merupakan hari terakhir
Arisa Maria menduduki kertas peperiksaan SPM. Subjek Geografi merupakan kertas
terakhir yang akan diduduki oleh Arisa Maria. Dalam hatinya Arisa Maria berdoa
agar dia dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan dipermudahkan
segala urusan menjawab soalan. Di kotak fikirannya masih memikirkan tentang
keadaan Kak Longnya semalam. Arisa Maria merancang untuk menanyakan kepada Kak
Longnya akan hal semalam pada waktu yang sesuai. Dia berdoa agar Kak Longnya
sudi bercerita akan hal yang sebenar atas apa yang berlaku terhadap dirinya.
Arisa Maria inginkan penjelasan.
Pagi itu, Arisa Maria pantas bersiap
untuk pergi ke sekolah. Semasa bersarapan bersama Kak Longnya, mata Arisa Maria
hanya memerhati akan tindak tanduk Kak Longnya. Arisa Maria melihat Kak Longnya
hari ini lebih banyak mendiamkan diri, tidak seperti biasa mulutnya bising
menceritakan tentang kisahnya di tempat kerja bersama rakan-rakan serta gurau
senda mereka yang begitu rapat. Niat di hati mahu bertanyakan soal semalam,
namun mulutnya seperti ada emas, sukar untuk bersuara. Berat mulutnya untuk
membuka. Bimbang jika dirinya dimarahi pula.
Semenjak
kedua ibu bapa Arisa Maria terkorban dalam nahas kemalangan jalan raya pada tujuh
tahun yang lepas, Kak Longnya mengambil alih tugas ayahnya, Haji Sulaiman untuk
menanggung segala kos kehidupan mereka. Pada masa terjadinya tragedi ngeri itu,
Isma Maria sedang menduduki peperiksaan SPM. Isma Maria begitu terkejut apabila
sebaik saja pulang dari sekolah, dia melihat ramai orang sedang berkumpul di
rumahnya.
Hatinya tertanya-tanya, lantas
kakinya cepat melangkah ke rumah untuk melihat apa yang
terjadi.
Pilu hatinya apabila melihat dua kujur tubuh sudah tidak bernyawa di ruang tamu
rumahnya. Isma Maria melihat, kedua-dua adiknya sudah teresak-esak menangis.
Sengaja kedua-dua adiknya itu tidak memberitahu Isma Maria akan hal itu secepat
mungkin kerana tidak mahu fikiran Isma Maria terganggu semasa sedang menghadapi
peperiksaan yang penting itu.
Sebelum pergi ke sekolah pagi itu,
memang Isma Maria sudah mengetahui bahawa kedua ibu bapanya mahu pergi
menziarahi ibu saudaranya yang terlantar sakit di hospital akibat kanser
payudara. Memang pada awalnya Isma Maria bertegas mahu mengikuti ibu bapanya
setelah selesai menghadapi peperiksaan SPM petang nanti. Tetapi ditegah oleh
ibu. Ibu mahu Isma Maria menjaga adik-adiknya sepanjang ketiadaan mereka nanti.
Namun, malang tidak berbau. Ternyata ALLAH lebih menyayangi kedua ibu bapa
mereka. Mereka terpaksa reda dengan pemergian insan tersayang.
Sudah tujuh tahun kedua ibu bapa
Isma Maria meninggalkan mereka tiga beradik. Masa pemergian kedua orang tuanya
adik bongsunya Arisa Maria masih berumur 10 tahun. Darjah empat! Kecil lagi
kot! Masa tu matang pun belum lagi, dalam kepala hanya fikirkan main. Masih
lagi nak ada tempat bermanja. Bayangkan masa kecil sebegini pun Arisa Maria
masih nak tidur di bawah ketiak ibu. Puas dipujuk oleh kakaknya Isma Maria.
Menangis lagi adalah. Punyalah manja!
Setelah kematian kedua ibu bapa
mereka, Isma Maria pula sentiasa berusaha untuk mencari pekerjaan, namun gagal.
Dengan kelulusannya yang setakat sijil SPM tidak layak untuk dia mendapatkan
pekerjaan yang tetap. Sementara mencari pekerjaan tetap, pelbagai pekerjaan
yang dilakukan oleh Isma Maria untuk menanggung dirinya tiga beradik.
Setiap pagi, Isma Maria akan pergi
ke rumah-rumah di kampung untuk mencuci pakaian. Dari segi membasuh, menyidai,
melipat, mengering, semuanya dilakukan oleh Isma Maria. Upah yang didapati oleh
Isma Maria cukup untuk menampung pembelanjaan harian mereka kerana wang bulanan
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat masih boleh menampung kehidupan mereka
tiga beradik. Tidak terlalu mewah dan tidak terlalu daif. Manakala petang pula
Isma Maria akan pergi ke warung Pak Samad untuk mencuci pinggan mangkuk. Isma
Maria bekerja dengan gigih sekali bagi memastikan adiknya Hadi Azman dan Arisa
Maria dapat terus melanjutkan pelajaran ke menara gading. Dia tidak mahu
adik-adiknya mengalami nasib sepertinya. Baginya, hanya dengan pelajaranlah
dapat mengubah nasib kehidupan mereka sekeluarga. Isma Maria tidak kisah jika
dirinya terabai dengan pelajaran, yang penting baginya kedua adiknya dapat
meneruskan cita-cita masing-masing.
Walaupun Isma Maria mendapat
keputusan yang agak baik dalam peperiksaan SPM, namun dia tidak berpeluang
untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana masalah kewangan. Keutamaannya
sekarang hanyalah pada adik-adiknya. Pernah juga Hadi Azman menyuarakan untuk
berhenti sekolah supaya dapat menolong kakaknya itu mencari rezeki, namun
hasratnya itu ditentang keras oleh Isma Maria.
“Aku tidak
pernah berdebat dengan seseorang dengan tujuan aku berasa gembira jika
pendapatnya salah.” – Imam Syafiee.
DUA
Kini sudah enam tahun berlalu
peristiwa hitam yang menyelubungi Isma Maria. Begitu pantas masa berlalu. Selama
tempoh enam tahun itulah hati Isma Maria tidak pernah terbuka untuk lelaki.
Bukan tidak pernah, tapi memang dia tak akan buka pintu hatinya untuk lelaki. Dan
selama enam tahun itu jugalah Isma Maria masih belum menemui jodohnya. Bukannya
tiada jejaka yang mahukan Isma Maria, bukannya tiada lamaran yang diterima,
tapi semuanya ditolak keras oleh Isma Maria. Hinggakan Hadi Azman dan Arisa
Maria pelik melihat kelakuan Kak Long mereka yang sering mengelak apabila
disoal tentang hal berumahtangga.
Hadi Azman sudah pun berjaya dalam
pelajarannya. Berkat doa kakak dan adiknya, Hadi Azman dapat mencari pekerjaan
dengan begitu cepat sekali. Kali ini bolehlah Kak Longnya berasa lega sedikit
kerana perbelanjaan belajar Arisa Maria mampu ditanggung oleh Hadi Azman
sendiri. Buktinya Hadi Azman sudah berjaya menjawat jawatan yang agak tinggi
dalam sebuah syarikat yang agak terkenal, Haritsa Electronic.
Namun itu tidak menjadikan Hadi
Azman kepada Kak Longnya yang selama ini bersusah payah membesarkan dia dua beradik.
Setiap bulan Hadi Azman tidak lupa memberikan Kak Longnya sejumlah wang belanja
hinggakan wang belanja dapur pun ditanggung sendiri oleh Hadi Azman. Walaupun
kadang kala Kak Longnya menolak apabila Hadi Azman menghulurkan wang belanja
kepada dirinya, tapi Hadi Azman bijak. Dia akan memasukkan wang belanja ke
dalam akaun Kak Longnya. Sekarang ni dah maju, mana ada orang simpan duit
banyak-banyak dekat rumah lagi. Semuanya simpan di bank, lebih selamat.
Sepanjang kehidupannya menanggung
adik-adiknya, hamba ALLAH bernama lelaki itu ditolak oleh Isma Maria
mentah-mentah. Dia tidak perlukan lelaki dalam hidupnya untuk membantu dia
menampung kehidupannya tiga beradik. Cukuplah dirinya dinodai, maruahnya
diinjak-injak, baginya kepercayaannya kepada lelaki sudah hancur musnah. Bagi
Isma Maria, semua lelaki sama, suka mengambil kesempatan atas kelemahan wanita.
Isma Maria lebih sanggup hidup bersendirian tanpa seorang teman yang bernama
suami. Pada Isma Maria, melihat kebahagiaan adik-adiknya sudahnya cukup membahagiakan
Isma Maria.
Biarlah dia menghabiskan sisa
hidupnya dengan tenang. Seluruh hidup Isma Maria menjadi gelap gelita apabila
dia disahkan menghidap kanser payudara pada tiga bulan yang lepas. Dia begitu
tidak menyangka bahawa kehidupannya akan berakhir dengan sebegitu. Perkara ini
dirahsiakan daripada pengetahuan adik-adiknya. Isma Maria tidak mahu pelajaran
Arisa Maria terjejas apabila mengetahui hal ini dan dia tidak mahu Hadi Azman
berhabis duit untuk menyembuhkan penyakitnya itu. Baginya, tidak bermakna lagi
untuk dia berusaha menyembuhkan penyakitnya itu kerana penyakitnya kini sudah
berada dalam keadaan yang agak kritikal, tahap dua! Silap Isma Maria sendiri
kerana tidak mahu pergi mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin apabila
mendapati dirinya sentiasa lemah dan mukanya kerap kali pucat.
Bahagian kanan payudaranya juga
sentiasa berasa sakit, perit dan seperti ada satu biji ketumbuhan. Alasan yang
sering diciptakan apabila sering ditanyakan oleh Arisa Maria hanyalah kerana
dia penat bekerja. Berbilang kali juga dia dipaksa oleh Arisa Maria untuk pergi
ke hospital bersama supaya mendapatkan rawatan. Namun Isma Maria sering memberi
alasan dengan akan pergi ke hospital bersama teman sekerjanya.
“Kak Long tak dapat hidup lama, dik.
Semuanya dah terlambat, kalau betul nak ambil rawatan pun, Kak Long kena
menganggung risiko yang tinggi. Sia-sia saja kalau Kak Long pergi ke hospital
pun. Biarlah Kak Long begini, mungkin ini dah jadi suratan takdir.” Bisik hati
Isma Maria sendirian dengan pilu.
Pagi itu Arisa Maria bangun awal
pagi. Baru saja semalam dia tiba di kampungnya, Kampung Felda Ulu Tebrau yang
terletak di Johor Bahru, Johor. Dia akan menghabiskan cuti semesternya di rumah
saja bagi menghabiskan masa cutinya bersama Kak Longnya. Berulang kali Kak
Longnya mengajaknya untuk menghabiskan cuti bersama di rumah. Arisa Maria agak
hairan dengan sikap Kak Longnya itu kerana sebelum ini Kak Longnya tidak pernah
menghalangnya untuk tinggal barang seminggu dua bersama teman sebiliknya di
Universiti Putra Malaysia, Aisya Humaira. Namun begitu, Arisa Maria tetap
mengikuti saja kehendak Isma Maria walaupun dia terpaksa membatalkan
rancangannya bersama Aisya untuk melancong ke Pulau Langkawi. Arisa Maria ni
boleh tahan kaki jalan. Kalau ada wang semuanya boleh jadi. Tapi yang tak boleh
jadinya kalau tak ada wang. Kalau berjalan masa tak ada wang pun hanya mampu
cuci mata saja! Apa boleh buat, Arisa Maria bukannya hidup dalam keluarga yang
berada. Lainlah kalau Aisya.
Bagi Arisa Maria, pada mulanya dia
begitu teruja untuk mengikuti Aisya pergi melancong kerana semuanya akan
ditanggung oleh Aisya. Aisya sememangnya anak orang berada yang sering merendah
diri. Dia tidak pernah berbangga dengan statusnya sebagai anak jutawan
terkemuka Malaysia Datuk Harith yang memiliki syarikat elektronik yang
terkemuka dalam satu Malaysia. Aisya juga sering membantu Arisa Maria sekiranya
Arisa Maria kesempitan wang. Itu pun jika puas di desak oleh Aisya yang kadang
kala mengugut Arisa Maria untuk menerimanya. Kadang-kadang malu juga Arisa
Maria! Bagi Arisa Maria, sahabatnya itu seperti adiknya yang amat memahami akan
dirinya. Bahkan Arisa Maria juga sudah rapat dengan keluarga Aisya. Sering juga
Arisa Maria bermalam di rumah keluarga Aisya apabila dipelawa oleh Datin
Marissa, mama kepada Aisya. Setahu Arisa Maria, Aisya ada abang kembar. Tetapi
Arisa Maria masih tidak berpeluang berjumpa dengan kedua-dua abang Aisya.
Setiap kali Arisa Maria bermalam di rumah Aisya, abangnya sering outstation.
Sebaik saja Arisa Maria mengemaskan
tempat tidurnya, dia terus menuju ke dapur
untuk
menyediakan sarapan pagi. Mandi pun belum lagi. Eloklah tu, belum mandi lagi
dah nak masak! Risa, Risa! Jangan buat perangai macam ni bila dah kahwin dah
lah ya. Lagi-lagi bila dekat rumah mak mentua. Tak pasal-pasal kena reject nanti. Dalam fikirannya berfikir
untuk memasak nasi lemak, kegemaran Kak Longnya. Semasa ingin menuju ke dapur
tadi, Arisa Maria melihat Kak Longnya masih lena tidur di bilik tidur ditemani
dengan kipas yang berputar laju membuatkan tidurnya lebih nyenyak.
“Mungkin Kak Long bekerja lebih masa
semalam. Tak apalah, aku boleh masak sendiri, tengok kakilah. Masak nasi lemak
kacang je.” Arisa Maria bercakap sendirian sambil tersengih sumbing sendirian.
Lantas, tangan Arisa Maria mencapai
buah kelapa yang sudah pun dikupas. Dia membelah buah kelapa tersebut dan
memarutnya. Beras yang sudah dibasuh ditoskan dengan air dan santan yang dah
diperahkan dimasukkan ke dalam periuk nasi mengikut sukatan. Tidak lupa juga
dengan daun pandan, sedikit halia yang dititik, sedikit minyak masak dan sesudu
kecil garam bagi menambahkan lemak. Selepas itu suis periuk nasi dipetik dan
menunggu nasi lemak masak.
Sementara itu, empat biji telur
direbus, tidak lupa garam diletakkan sedikit di dalam air rebusan supaya kulit
telur mudah dikopek nanti. Cili kering yang sudah direndam dimasukkan ke dalam blender bersama bawang merah, bawang
putih dan udang kering. Tidak lupa juga sedikit minyak masak supaya biji cili
mudah hancur. Sedikit belacan diletakkan supaya menambah lagi keenakkan
masakan. Selesai kerja blender, Arisa
Maria lantas menumis sambal tersebut dengan garing supaya cili kering tersebut
cepat masak. Garam, gula dan aji-na-moto tidak lupa dimasukkan. Begitu juga
dengan sedikit air asam jawa dan ikan bilis goreng yang sudah digoreng terlebih
dahulu. Hirisan bawang besar dimasukkan pada akhir masakan. Selesai!
“Alamak, terlupa goreng kacanglah
pulak! Tak sedaplah kalau tak cukup bahan ni.” Arisa Maria berkata sendirian
lantas tangannya mencapai sebalang kacang tanah dan mengambilnya dalam satu
genggam lantas dibasuh dengan bersih.
Goreng kacang tanah bukan mudah,
kalau tak reti boleh hangus kacangnya. Apabila minyak panas, masukkan kacang
tanah dalam kuali dan sentiasa dikacau dengan sudip. Kacang tanah masak apabila
ada bunyi letupan kecil, itu menandakan kacang sudah pun masak. Apabila bunyi
letupan kecil sudah tiada, cepat-cepat diangkat bagi mengelakkan hangit.
Dia tahu Kak Long sememangnya gigih
bekerja sejak kedua ibu bapanya meninggal dunia lagi. Kak Longnya tidak
mengenal erti penat dan lelah bagi membesarkan Arisa Maria dan abangnya, Hadi
Azman. Arisa Maria kerap kali juga memujuk Kak Longnya itu mendirikan rumah
tangga supaya ada yang menjaga dirinya. Arisa Maria mahu melihat Kak Longnya
itu hidup bahagia di samping keluarga tersayang. Cukuplah sudah pengorbanan Kak
Longnya terhadap dirinya dan abangnya. Tetapi Isma Maria kerap kali mengubah
topik perbualan apabila hal mendirikan rumahtangga dipersoalkan.
Arisa Maria terkejut daripada
lamunannya apabila disergah oleh Kak Longnya. Dia betul-betul tidak perasaan
bilakah Kak Longnya terjaga daripada tidur.
“Hah, adik termenungkan apa ni?
Teringat kat buah hati ke? Ye lah, cuti semester ni lama, tak dapatlah nak
jumpa. Rindu pada buah hatilah tu.” Kata Isma Maria sambil tergelak menampakkan
lesung pipitnya.
Arisa Maria begitu minat melihat
lesung pipit Kak Longnya, nampak lebih manis apabila tersenyum. Iras rupa
mereka berdua seakan sama, cuma yang membezakan mereka Arisa Maria mempunyai
tahi lalat di dagu dan tidak mempunyai lesung pipit. Rasanya lagi manis wajah
Isma Maria. Kadang-kala ada juga mereka yang terserempak dengan mereka berdua
akan mengatakan bahawa mereka kembar seiras. Mereka yang mendengar hanya
tersenyum.
“Kak Long ni, buat terkejut adik je.
Manalah adik ni ada buah hati, tak ada siapa yang nak kan adik Kak Long ni pun.
Tapi kalau boleh adik nak kahwin dengan putera raja. Huiyooo, boleh kaya ma! Hahahaha..”
Jawab Arisa Maria sambil gelak besar.
Benar-benar dia tidak menyangka Kak
Longnya akan beranggapan sebegitu apabila melihat dirinya termenung. Arisa
Maria sememangnya sebegitu, kepalanya gila-gila, suka bergurau senda. Iras
wajahnya biasa, cukuplah sekadar sedap mata memandang. Tapi, jangan tak tahu,
Arisa Maria seorang yang sangat garang apabila berhadapan dengan lelaki kecuali
dengan abang kandungnya, Hadi Azman. Wal hal sebenarnya, termenungnya itu jauh
sekali menyasar daripada apa yang disangkakan Kak Longnya itu.
“Kak Long bila nak kahwin? Adik tak
sabar nak terima abang ipar. Cari yang handsome-handsome
tau. Tak nak lah nanti anak sedara adik hodoh! Carilah yang macam Shah Rukh
Khan ke, Saif Ali Khan ke, Aamir Khan ke. Fuh, handsomenya, boleh cair tau hati
ni. Lagi-lagi Saif Ali Khan tu. Kalaulah adik dapat jumpa. Tapi sayangkan dia
dah nak kahwin dah dengan Kareena Kaapor. Yang peliknya Kak Long, Kak Long ada
baca tak surat khabar baru-baru ni? Dorang tu nak kahwin tapi berlainan agama.
Saif Ali Khan tu siap cadangkan lagi pada kerajaan India supaya meluluskan bagi
mereka yang nak kahwin berlainan agama. Dunia akhir zaman kan, macam-macam hal!”
Kata Arisa Maria selamba. Macam-macamlah kau ni Risa yang di mintak nya.
“Adik, tolonglah jangan bertanya
soalan macam tu lagi. Kak Long tak berminatlah. Nak cari suami yang baik sekarang
bukannya senang. Semuanya tak boleh dipercayai. Kak Long tak mahu terseksa
hidup Kak Long bila sudah berkahwin nanti. Tak sanggup Kak Long perjudikan
hidup Kak Long ni semata-mata demi seorang lelaki. Cukuplah sekali Kak Long
dinodai.” Ujar Isma Maria yang tidak
tahan mendengar soalan yang diajukan oleh adiknya, Arisa Maria. Baru dua sedar
yang dia sudah terlepas cakap mengenai dirinya pernah dinodai! Alamak,
harap-harap adiknya itu tidak dengar!
“Adik minta maaf Kak Long kalau apa
yang adik tanya menyinggung perasaan Kak Long. Adik bukan apa, adik mahu
melihat Kak Long bahagia. Adik rasa cukuplah pengorbanan Kak Long pada adik dan
Abang Adi selama ni. Tapi apa maksud Kak Long yang Kak Long pernah dinodai?
Adik tak faham, cuba cerita dekat adik?” Arisa Maria berkata sambil menundukkan
kepalanya. Takut untuk melihat air muka Kak Longnya yang sudah berubah. Dia
cuba mencari jawapan dari kata-kata Kak Longnya. Dalam hatinya yang dia tahu
pasti mengenai peristiwa hitam yang berlaku hampir enam tahun yang lepas.
Dia tahu itu. Cuma dia mahukan
kepastian yang lebih pasti supaya dirinya tidak bersangka buruk terhadap kakak
kandungnya itu. Supaya dirinya selepas ini dapat berhati-hati dengan insan yang
bernama lelaki. Perempuan ni lemah, mereka kaum Hawa yang mesti dibimbing dan
mereka amat sukakan dengan rayuan dan pujuk rayu.
“Eleh, dah mulalah tu, tak ke sudah
berangan. Dari tadi asyik cerita pasal kahwin je eh kita ni. Kak Long nak
tengok dapat ke tak adik kahwin dengan putera raja. Tengok-tengok nanti dengan
orang dekat sini je. Hahahaha…
Dah-dah! janganlah cakap macam tu, siapa yang tak nak adik Kak Long ni memang
rugilah. Pandai masak, itu pun baru belajar, pandai mengemas rumah, cuma suka
membebel je. Nasiblah siapa yang dapat adik Kok Long ni. Tiap-tiap hari nanti
telinga bersumbat dengan kapas.” Isma Maria berkata sambil ketawa geli hati
melihat gelagat adik bongsunya itu.
“Kak Long, adik tanya siapa yang
menodai Kak Long? Kak Long jangan nak tukar topiklah. Adik bukannya budak kecik
lagi yang boleh Kak Long putar belitkan bahasa. Beritahu adik. Adik tahu Kak
Long dan Abang Adi ada merahsiakan sesuatu daripada adik. Adik tahu tu! Sejak
enam tahun yang lepaskan? Cuma adik ni tajut nak bertanya, takut hati Kak Long
tersinggung, adik pendamkan soalan yang dah lama tertanam dalam hati ni. Tolong
adik Kak Long, beritahu apa yang berlaku enam tahun yang lepas? Tolonglah!”
Desak Arisa Maria. Dah terlanjur Isma Maria kakaknya terlepas cakap ni lebih
baik dia korek semuanya supaya tiada apa rahsia di antara mereka tiga beradik.
“Sebelum tu Kak Long nak adik janji
bahawa adik jangan sesekali bercerita dengan sesiapa pun? Janji? Adik kena
berjanji dengan nama maruah adik yang adik tak akan pecahkan rahsia ni walaupun
sampai adik mati nanti. Boleh berjanji dengan Kak Long?”
“Baiklah, adik berjanji yang adik
tak akan beritahu sesiapa pun melainkan dengan keizinan Kak Long. Tapi kalau
adik nak tulis dalam diari boleh tak?” Sempat lagi Arisa Maria berseloroh.
Orang tengah serius ni, dia main-main pulak!
“Adik ni, betul-betullah. Ya, Kak
Long pernah dinodai oleh insan kejam yang bernama lelaki. Kak Long pernah di
rogol!” Isma Maria cuba menyingkap kisah silam yang menghantuinya selama hampir
enam tahun ini.
Walaupun pahit untuk diingati namun
dia cuba gagahi juga kerana dia tahu selama ini dia hanya pendamkan saja.
Walaupun Hadi Azman adiknya tahu tapi bukan secara keseluruhan. Hadi Azman
hanya tahu yang dirinya dirogol!
“Teruskan Kak Long, adik sudi
mendengar.”
“Pada enam tahun yang lepas, Kak
Long kerja kilang. Masa tu adik masih lagi tengah mengambil exam SPM. Kak Long
kerja hingga ke lewat malam masa tu sebab memikirkan yang adik nanti selepas
SPM pasti akan mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Masa
tu Kak Long naik basikal, keseorang melalui jalan. Jalan masa tu pulak
tiba-tiba lampu jalan tak hidup. Mungkin sebab waktu tu hujan. Semasa Kak Long
melalui lading kelapa sawit, hati Kak Long mula rasa tak sedap. Tapi Kak Long
cuba berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.” Isma Maria menekup mulutnya,
tak tahan sebak bila mengenangkan kisah
lalu.
“Adik ada ni Kak Long, jangan sedih.
Teruskan Kak Long. Kak Long kena kuat hadapi ni semua.” Sokong Arisa Maria.
“Tiba-tiba Kak Long terasa yang
basikal Kak Long terlanggar benda keras. Batu barangkali. Tapi Kak Long
langsung tak menoleh ke belakang. Takut! Masa nak teruskan perjalanan tu,
tiba-tiba Kak Long terasa yang ada orang menahan basikal Kak Long di tempat
duduk belakang. Walaupun takut, Kak Long gagahi juga untuk toleh ke belakang.
Leher Kak Long ditahan dan dihunuskan pisau tajam. Kak Long cuba bertenang dan
cuba bercakap dengan orang itu. Kak Long langsung tak kenal sebab dia duduk kat
belakang Kak Long, tambah pula masa tu hujan renyai-renyai dengan malam lagi.
Dia suruh Kak Long ikut dia masuk ke ladang kelapa sawit, Kak Long cuba menolak
tapi dia bertindak lebih kasar lagi dengan menyentap tangan Kak Long. Nak tak
nak Kak Long ikutkan juga, sampai saja di ladang kelapa sawit tu Kak Long
tengok ada dua orang lelaki bersama. Mereka ketawa terbahak-bahak seperti
mereka tahu kemenangan berada di pihak mereka. Terus baju Kak Long direntap dan
mereka mencampakkan badan Kak Long ke arah lelaki yang berbadan besar. Kak Long
dirogol dik! Di rogol bergilir-gilir dengan tiga orang lelaki!” Isma Maria yang
tak dapat menahan sebak terus memeluk tubuh kecil molek adiknya itu. Dia
menangis teresak-esak, seperti anak kecil!
“Sabar Kak Long, tiap dugaan yang
ALLAH bagi tu mesti ada hikmah dia. Sabar Kak Long sayang.” Arisa Maria turut
menangis bila mendengar cerita Kak Longnya. Dia memeluk erat tubuh Kak Longnya.
Sedih! Tak sangka Kak Long yang nampak tabah dan cekal itu rupanya menyimpan
seribu satu rahsia yang sangat pahit! Bahkan sangat pahit untuk ditelan!
“Dah lah dik, tolonglah jangan
ungkit lagi pasal ni. Boleh berjanji dengan Kak Long? Kalau boleh diberi hilang
ingatan, inilah benda pertama yang Kak Long nak lupakan.” Ujar Isma Maria yang
mengesat air matanya. Dia perlu tabah! Ya, dia perlu tabah dan kuat dalam
menghadapi semua ni! Semua ini!
“Baik Kak Long, tapi boleh adik
tanya kenapa Kak Long dengan Abang Adi tak nak laporkan perkara ni pada pihak
polis?”
“Adi ada juga desak Kak Long tapi
Kak Long tak nak lah sebab dengan laporkan pada pihak polis adik rasa maruah
Kak Long yang tergadai tu dapat ditebus balik ke? Lagi Kak Long dapat malu
adalah, mahu satu kampung tahu nanti. Mulut orang kampung ni tahu je lah,
bukannya semua yang boleh ditutup.” Komen Isma Maria ringkas.
“Ye lah, betul jugak cakap Kak Long
tu. Sekarang ni adik dah faham kenapa Kak Long selalu je mengelak bila di tanya
soal kahwin. Walaupun orang tu kaya anak datuk pun Kak Long tak nak kan! Yang
masuk meminang tu lagilah. Lagi kesiankan Kak Long!” Sempat lagi Arisa Maria menyuarakan
pendapatnya.
“Ye lah, biarlah. Mereka lebih
berhak dapat yang lebih baik lagi dari Kak Long. Tu lah, kalau tahu macam tu
lepas ni kalau ada sesiapa lagi yang masuk meminang Kak Long, Kak Long terus je
rekemenkan adik. Boleh tak?” Isma Maria memberikan pendapatnya yang pada Arisa
Maria agak mengarut. Bukan agak mengarut! Memang mengarut pun!
“Kak Long jangan nak mengarut, tak
naklah adik kalau dapat suami macam tu. Lebih Kak Long pulak. Lepas tu kakak
sendiri punya pulak tu! Apalah Kak Long ni, ingat adik ni barang ganti ke apa? Simpang
malaikat empat pulah empat. Tapi sebelum adik kahwin, Kak Long kena kahwin
dulu. Nanti tak adalah bakal suami adik tu kena bagi Kak Long hantaran untuk
langkah bendul. Kesian dia tau!” Arisa membidas kata-kata Kak Longnya itu
dengan mimik muka mengejek. Sengaja dia mengusik Kak Longnya itu. Semenjak dia
belajar di universiti jarang sekali dia dapat bermesra dengan Kak Longnya
sebegini.
“Hah, dah-dahlah tu dik. Apa-apa hal
adik memang langkah bendul pun nanti. Kak Long malas nak fikir soal kahwin. Kak
Long lebih bahagia macam ni. Sekarang ni kejap lagi Kak Long nak rasa masakkan
nasi lemak adik ni, nak tengok dah boleh kahwin ke tak. Lapar dah ni. Lagi pun
sekejap lagi Adi sampai, lama dah dia tak pulang ke rumah. Sibuk katanya dengan
kerja. Adik masak nasi lemak tu lebih sikit. Nanti bolehlah Adi makan sekali.”
“Ye lah Kak Long, memang adik masak
lebih pun. Nanti kalau malas nak masak tengah hari, makan je lah nasi lemak ni.
Nasi juga, mesti kenyang punya. Tengah hari nanti adik malaslah nak masak, Kak
Long je lah ye yang masak. Dah lama adik tak rasa masakan Kak Long. Dekat U tu,
adik asyik makan nasi bungkus je.” Kata Arisa Maria sambil tersengih
menampakkan barisan giginya yang putih dan teratur.
“Adik Kak Long ni memang, kalau
sehari tak buli Kak Long dia memang tak boleh. Adalah tu rancangan dia petang
ni. Kalau sehari tak melekat kat rumah tak sah.” Ujar Isma Maria yang
sememangnya sudah faham dengan perangai adiknya yang pasti akan mahu berjumpa
dengan sahabat karibnya semenjak kecil, Rohani.
“Ala, Kak Long ni, bukan selalu adik
dapat jumpa kawan adik tu. Masa cuti-cuti ni je lah yang dapat jumpa pun. Kak
Long pergi mandilah, bau busuk dah badan tu. Bau kambing.” Perli Arisa Maria.
“Eleh, nak kata Kak Long, adik tu
pun apa kurangnya. Tak mandi lagikan, bau kambing gurun, habislah nasi lemak tu
bau adik je nanti. Kambing lagi okay daripada kambing gurun tau!” Jawab Isma
Maria memulang paku buah keras sambil ketawa. Mereka tertawa bersama.
Usai saja Arisa Maria memasak nasi
lemak, dia terus pergi ke bilik air untuk mandi. Sengaja dia tidak membancuh
air kerana mahu Isma Maria untuk membacuh air teh tarik yang sememangnya
kesukaannya. Arisa Maria amat mengemari air teh tarik yang dibancuh oleh Kak
Longnya itu kerana semasa Arisa Maria bersekolah dahulu, Kak Longnya pernah
bekerja sebagai pembancuh air di sebuah restoran yang menyajikan sajian makanan
Penang. Selesai Arisa Maria mandi, Kak Longnya pula mandi. Isma Maria yang belum
lagi mandi, hanya melihat sahaja prilaku adiknya yang terus menuju ke bilik air
tanpa sempat membancuh air terlebih dahulu. Faham benar dia dengan prilaku
Arisa Maria yang sebegitu.
Sedang asyik Isma Maria membancuh
teh tarik, tiba-tiba dia terdengar bunyi deruman kereta masuk ke perkarangan
halaman rumahnya.
“Mesti Adi dah sampai ni.” Detik
hati Isma Maria apabila melihat Hadi Azman keluar daripada kereta dengan
membawa sejinjing beg plastik.
Lantas Isma Maria terus menuju ke
balkoni rumah untuk menyambut kedatangan adiknya itu sambil melemparkan
senyuman yang manis. Terserlah lesung pipit Isma Maria apabila tersenyum. Hadi
Azman yang melihat Kak Longnya tersenyum, terus membalas senyumannya itu.
“Assalammualaikum Kak Long. Ni Adi
ada bawakan kuih sikit untuk sarapan sekejap lagi. Dah terlanjur lalu dekat
warung Pak Samad tu, Adi singgah sekejap beli kuih ni. Pak Samad kirim salam
pada Kak Long. Katanya dah lama Kak Long tak singgah di warungnya tu. Pak Samad
tu agaknya rindu kat Kak Long kot. Tak pun dia rindu nak tengok lesung pipit
Kak Long tu.” Kata Hadi Azman sambil ketawa kecil melihat Isma Maria hanya
menarik muka mendengar prihal Pak Samad.
“Waalaikumsalam. Adi ni, belum
apa-apa lagi dah sibuk bercerita pasal Pak Samad tu. Kak Long tak sukalah,
dahlah Pak Samad tu lain macam sikit. Mentang-mentang isteri dah meninggal,
miang dia tu makin menjadi-jadi. Menyampah Kak Long tengok. Ada ke patut dia
nak kahwin dengan Kak Long. Pada hal kubur arwah isteri dia merah lagi. Macam
tak patut je, umur dia dahlah lebih kurang sebaya dengan arwah ayah rasanya.
Tak naklah Kak Long, nanti ada anak tiri lagi. Kalau anak tiri suka tak apa,
buatnya diaorang tak suka, tak ke
haru jadinya. Ya ALLAH, simpang malaikat empat puluh empat.” Bebel Isma Maria
dengan panjang lebar.
“Kak Long jangan cakap besar,
esok-esok kalau ALLAH tu nak balas, sekejap je. Tengok-tengok nanti Kak Long
dah ada anak pun dengan Pak Samad tu. Tapi Pak Samad kan pernah tolong kita Kak
Long, ingat lagi tak bila Jabatan Kebajikan Masyarakat datang nak ambil adik
sebab pihak mereka kata Kak Long tak mampu nak tampung dua beradik. Siapa yang
mengaku sebagai ayah angkat kita yang kata berikan perbelanjaan tiap-tiap
bulan? Pak Samad jugak kan.” Hadi Azman mengingatkan Isma Maria yang kadang
kala bercakap besar. Sengaja juga dia mengusik Kak Longnya itu.
“Adi ni kalau tak cerita pasal Pak
Samad boleh tak? Sepatutnya balik kampung ni sekali sekala tanya khabar pasal
Kak Long ni sihat ke tak. Ni dia sibuk dengan Pak Samad tu. Rimaslah Kak Long.
Ye, Kak Long ucap terima kasih sangat sebab dulu dia sudi tolong Kak Long. Tapi
kalau tolong ada makna buat apa.” Jawab Isma Maria dengan nada suara yang
sengaja dikeraskan sedikit. Tidak mahu lagi dia bercerita tentang Pak Samad.
“Ye lah Kak Long, Adi bergurau je lah.
Sekali sekala nak usik Kak Long seronok juga. Ni Kak Long bukannya nak pelawa
Adi masuk. Berbual pun kat balkoni rumah je. Tak patut betullah Kak Long ni.”
“Ala, mengada-ngadalah Adi ni, masuk
rumah sendiri pun siap nak kena pelawa. Bukannya rumah sesiapa pun, rumah Adi
juga. Lainlah kalau Adi ada bawa bakal adik ipar Kak Long ke, memang patutlah
juga Kak Long pelawa masuk.” Ujar Isma Maria sambil ketawa. Sengaja mahu
menguji reaksi adiknya itu apabila soal teman wanita ditimbulkan.
“Ish, Kak Long ni, sajalah tu nak
usik Adi. Kak Long tunggu je lah dua tiga bulan lagi. Nanti Adi bawa bakal adik
ipar Kak Long tu.” Jawab Hadi Azman selamba. Kakinya terus melangkah masuk ke
rumah. Dalam hatinya berdoa supaya Kak Longnya berhenti menyoalnya
bermacam-macam soalan.
Isma Maria hanya mengekori
pergerakan adiknya itu. Belum sempat lagi dia bertanya, Hadi Azman sudah
melarikan diri. Persoalan yang ingin ditanyakan oleh Isma Maria kepada Hadi
Azman terbantut apabila Arisa Maria muncul keluar daripada bilik tidurnya. Kelihatan
wajah Arisa Maria begitu berseri-seri dengan mengenakan sepit rambut berwarna
merah jambu di rambut panjangnya.
“Eh, bila Abang Adi sampai ni? Adik
tak dengar pun bunyi kereta tadi. Abang Adi baru sampai ke ni? Ha, ni datang
ada bawakan adik ole-ole tak? Ye lah, lama dah tak jumpa Abang Adi. Selama ni
adik sibuk dengan belajar. Hehehe..”
“Adik ni apalah. Abang Adi belum
sempat pun nak duduk ni, baru je sampai, dia dah sibuk tanya pasal ole-ole.
Bukannya nak tanya Abang Adi ni sihat ke tak, ni sibuk dengan ole-ole dia.
Manalah ada Abang Adi bawa ole-ole untuk adik. Abang sibuk dengan kerjalah,
melambak-lambak kerja kat pejabat tu. Kadang-kadang sampai tak sempat nak
keluar makan tengah hari. Kirim pada kawan je lah beli nasi bungkus. Ni Abang
Adi nak beritahu, Insya-ALLAH dalam awal tahun depan ni Abang Adi pergi outstation ke China. Syarikat tempat
Abang Adi kerja ada buat projek usaha sama dengan Syarikat dari China. But not sure yet, masih dalam perancangan.
Tapi minggu lepas pihak atasan syarikat dah bagi respon pasal proposal yang Abang Adi buat tu.
Semuanya dalam perancangan lagi. Kalau jadi, Kak Long bolehlah tolong hantar
Adi ke airport nanti. Manalah tahu
tuah Kak Long jumpa jodoh kat airport
nanti. Dapatlah Adi timang anak saudara cepat sikit.” Kata Hadi Azman sengaja
mahu mengusik Kak Longnya lagi sambil ketawa besar.
“Ha, Adi jangan nak mengarut. Kalau
nak Kak Long hantar ke airport jangan
nak merepek tak tentu pasal. Insya-ALLAH, kalau ada rezeki Adi tu tak kan lari
ke mana dik. Semuanya rencana Tuhan. Kita doa je mudah-mudahan dapat.
Dah-dahlah tu borak, sambung nanti-nanti je. Jom kita pergi makan dulu. Tapi
lepas Kak Long mandi jap. Adik mandi bunga, lama beno. Kak Long dah lapar ni. Nanti sejuk pula nasi lemak adik masak
tu kalau biar lama-lama. Adik je lah yang makan nanti, Kak Long tak nak makan
kalau nasi lemak dah sejuk.” Ujar Isma Maria sambil tersengih memandang
adiknya. Sengaja dia mahu mengusik adiknya itu yang hanya senyap daripada tadi.
Arisa Maria yang mendengar hanya
memuncungkan mulutnya. Malas mahu membalas usikan Kak Longnya. Dalam fikirannya
hanya mahu menikmati juadah yang telah disediakannya daripada awal pagi tadi.
Arisa Maria terus mengambil bungkusan plastik yang dihulurkan oleh Hadi Azman.
Dia mengeluarkan kuih-kuih daripada bungkusan plastik itu dan menyusunnya di
piring. Arisa Maria melihat ada kuih karipap dalam bungkusan plastik itu,
lantas dia mengambil kuih karipap itu dan menyuapkan ke mulutnya. Rasanya sudah
lama dia tidak memakan kuih karipap.
Di universiti jarang sekali Arisa
Maria dapat memakan makanan yang sedap-sedap kerana dia selalu mengikat perut
untuk menjimatkan perbelanjaan hariannya. Walaupun kehidupannya sekarang sudah
banyak berubah sejak abangnya Hadi Azman bekerja, namun duit perbelanjaan yang
abangnya kirimkan setiap bulan, sebahagiannya Arisa Maria simpan sedikit. Dia ada
agenda tersendiri tanpa pengetahuan Kak Long dan Abang Adi, Arisa Maria telah
mengambil sedikit masa di hujung minggu bagi belajar menjahit. Menjadi minatnya
dengan kain dan jarum. Harapannya agar suatu hari nanti Arisa Maria dapat
membuka sebuah butik. Mengambil jurusan bisness
membuatkan kepala Arisa Maria sering memikirkan soal perniagaan dan jual beli.
Selalunya Arisa Maria akan makan nasi sehari saja dalam satu hari dan petangnya
dia akan makan biskut, maggi ataupun tidak makan apa-apa. Arisa Maria sudah
biasa dengan situasi sebegitu.
“Adik ni tak senonoh betullah,
duduklah dulu baru makan. Anak dara sorang
ni sopanlah sikit. Macam mana ni kalau jumpa bakal mak mertua, makan gelojoh
semacam je.” Tegur Isma Maria apabila melihat perlakuan adiknya itu. Dia baru
selesai mandi dan mengenakan pakaian. Tahu sangat dia dengan perangai Arisa
Maria yang sememangnya suka dengan kuih karipap. Isma Maria selalu juga membuat
kuih karipap untuk dibuat bekal apabila Arisa Maria ingin pulang ke universiti.
“Ala, Kak Long ni suka cakap macam
tu. Jumpa bakal mak mentua nanti, pandai-pandailah adik bersopan santun, kata
nak jadi wanita melayu terakhirkan. Nanti mesti bakal mak mentua tu terus
sayang kat adik tau. Kak Long tengok je lah nanti.” Jawab Arisa Maria sambil
mengunyah kuih karipap yang masih ada di dalam mulutnya.
“Ye lah tu, betullah tu cakap adik
tu. Kak Long nak tengok sayang ke tak bakal mak mentua tu pada adik.” Isma
Maria berkata sambil tangannya sibuk menuangkan teh tarik untuk Hadi Azman.
“Dahlah tu, jomlah kita makan.” Hadi
Azman menyampuk apabila melihat perbualan antara Kak Longnya dengan Arisa Maria
yang pasti takkan berakhir.
“Adi, nanti tolong bawa Kak Long ke
pasar sekejap. Kak Long nak beli barang-barang keperluan dapurlah, banyak dah
habis. Adik nak ikut sekali tak?” Tanya Isma Maria sengaja mahu mempelawa
adiknya itu.
“Tak pe lah Kak Long. Kak Long pergi
je lah dengan Abang Adi. Adik dah janji nak datang ke rumah Rohani sekejap
lagi. Dah lama tak jumpa dia, banyak gosip nak cerita ni.”
“Adi tengoklah anak dara sorang ni. Baru je balik rumah semalam,
dah nak bertandang ke rumah orang. Tak boleh nak melekat kat rumah lama-lama
sikit.” Isma Maria mengadu kepada Hadi
Azman.
“Biarlah dia Kak Long. Nanti lepas
adik habis je belajar kat U, kita kahwinkan je dia dengan Osman yang suka pada
adik tu. Dari sekolah menengahkan Osman tu minat kat adik. Ha, dah okay
sangatlah tu.” Jawab Hadi Azman sambil tergelak.
“Betul juga cakap Adi tu kan. Nanti
bolehlah Kak Long dengan Adi minta hantaran langkah bendul yang mahal sikit. Ye
lah, Osman kan kerja peguam sekarang, gaji pun besar. Adik ni tak payahlah jual
mahal sangat dengan Osman tu. Kak Long tengok dia baik, muka pun boleh tahan.
Rajin jugalah pergi masjid. Kalau Kak Long pergi belajar malam Jumaat tu kat
masjid, mesti ada je muka dia. Tak rugi dik kalau ambil Osman tu sebagai suami.
Kak Long terima je kalau dapat bakal adik ipar macam tu. Kecil tapak tangan,
nyiru Kak Long tadahkan.” Sahut Isma Maria lagi sambil galak ketawa bersama
Hadi Azman. Merah padam muka Arisa Maria apabila diusik sebegitu. Geram!
“Eee,
Kak Long dengan Abang Adi ni, tak habis-habis usik adik lah. Asyik cerita pasal
kahwin je dari tadi. Adik tak suka dengan Osman tu. Nama klasik giler! Tu kan cerita lama, ntah-ntah dia dah ada buah hati. Abang
Adi jangan tahu nak kutuk adik je eh, kang
adik balas macam machine gun baru
tahu!” Arisa Maria sudah mula mahu bertikam lidah dengan abangnya.
Ingatannya kembali teringat semasa
zaman sekolah dahulu. Osman merupakan pengawas sekolah, dia tua tiga tahun
daripada Arisa Maria. Sering kali juga Osman memberi surat layang kepadanya
dengan tujuan mahu menghulurkan salam persahabatan kepada Arisa Maria, namun
Arisa Maria tidak mahu. Surat-surat Osman langsung tidak dibalasnya walaupun
dalam surat Osman, Osman sering memintanya supaya membalas suratnya.
Pada Arisa Maria, bukan masanya
untuk dia bercinta, dia mahu mencapai cita-citanya terlebih dahulu. Soal cinta ditolaknya tepi.
Surat Osman dibaca oleh Isma Maria apabila Arisa Maria terlupa menyimpan surat
itu di dalam laci, sebaliknya Arisa Maria hanya menyelitkan surat tersebut di
celahan muka surat novel yang dibacanya. Arisa Maria hanya teringat apabila dia
sudah tiba di sekolah.
Sampainya Arisa Maria di rumah, Isma
Maria hanya ketawa geli hati membacakan surat tersebut kepada Hadi Azman.
Lamunan Arisa Maria terhenti apabila disergah oleh Isma Maria.
“Ha, tu adik termenung teringatkan
Osman lah tu. Mesti tengah terbayang-bayang macam manalah muka Osman sekarang
ni kan. Tak pe, nanti adik ikut Kak
Long pergi belajar kat masjid malam Jumaat ni, mana tahu rezeki adik dapat
jumpa Osman. Tapi tak baiklahkan pergi masjid dengan niat macam tu. Ada jodoh,
jumpalah tu dik dekat mana-mana. Jangan risaulah.” Semakin galak Isma Maria
mengusik adiknya. Hadi Azman yang melihat hanya tertawa.
“Ish, Kak Long ni, ada pula macam
tu. Ye lah, kalau dah jodoh adik dengan Osman tu adik nak buat macam manakan,
adik terima je. Kak Long jangan jelous pula
tengok adik dapat suami lawyer.”
Jawab Arisa Maria selamba.
Sengaja dia jawab sebegitu, mahu
menduga reaksi Kak Longnya dan Abang Adi. Pada hal, tidak terbuka lagi di hati
Arisa Maria untuk menerima teman yang bernama suami. Usianya masih muda.
Cita-citanya setinggi gunung. Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Namun,
kuasa Tuhan tiada seorang hamba-NYA pun yang mampu menolak.
“Ha, kan betul, adik Kak Long ni ada
hati pada Osman tu. Cuma segan je masa sekolah dulu adik nak bercinta dengan
Osman. Ye lah, adik kan sekolah lagi, masih lagi belajar. Lagi pun Kak Long
suruh adik tumpukan pada pelajaran masa tu kan. Sekarang ni adik nak bercinta,
bercintalah. Kak Long tak halang pun. Dah memang sesuai dengan umur macam adik
ni nak bercinta. Sambil menyelam, minum air apa salahnya. Yang penting adik
jangan abaikan pelajaran. Ingat pesan Kak Long ni. Bukan apa, nanti bila dah
kerja, adik tak kan ada masa nak cari pasangan ni, sibuk dengan kerja” Semakin
galak Isma Maria mengusik adiknya.
Isma Maria memang berkenan dengan
Osman. Orangnya memang baik, sembahyang pun tak pernah tinggal. Tambahan lagi,
Osman mempunyai pekerjaan yang tetap. Kalau Arisa Maria berkahwin dengan Osman
pun, memang sudah pasti kehidupan Arisa Maria akan terjamin. Dia berdoa agar
biarlah Arisa Maria ada jodoh dengan Osman sekiranya masa sekarang ini Arisa
Maria masih tiada teman lelaki. Sekurang-kurangnya Isma Maria tahu Osman memang
jujur dan ikhlas inginkan Arisa Maria.
“Kak Long ni mulalah tu, adik tak
nak kahwin selagi Kak Long tak kahwin okay. Apa-apa pun memang adik nak Kak
Long kahwin dulu. Senang-senang kalau Kak Long minat sangat dengan Osman tu,
Kak Long je lah kahwin dengan dia. Tak pe lah kalau Kak Long tua sikit daripada dia pun. Tak
kisahlah pasal umur. Cinta tak mengenal usia Kak Long. Kak Long jangan nak
cerewet sangat.” Jawab Arisa Maria
sambil ketawa, Semakin giat mengusik Kak Longnya.
“Ya ALLAH, dah-dahlah tu dua beradik
ni, nak bertikam lidah je. Peninglah Adi dengar. Jodoh pertemuan ajal maut
semuanya di tangan ALLAH. Kita tak payahlah risau. Sampai masa adalah tu jodoh
kita. Jomlah kita makan. Adik tak nak ikut ni jangan lupa sebelum pergi rumah
Rohani tu, kemas rumah dulu.” Ujar Hadi Azman kepada Arisa Maria sambil
menyuapkan nasi lemak ke mulutnya.
“Ye lah, adik tahulah dengan kerja
adik. Abang Adi ni bebel dah macam mak nenek pula.” Sahut Arisa Maria sambil
membuat mimik muka yang sengaja dimasamkan.
“Ye lah adik, senyap-senyaplah mulut
tu, makan nasi lemak ni lagi bagus. Tak baik tau bercakap depan rezeki. Kalau
makan dapat kenyang perut daripada bercakap tak dapat apa-apa. Buat penat mulut
je.” Sampuk Isma Maria bagi memberhentikan pertengkaran kecil mereka.
“Orang-orang
yang suka berkata jujur akan mendapat tiga perkara; kepercayaan, cinta dan rasa
hormat.” – Saitina Ali bin Abi Talib.
TIGA
Usai saja mereka makan, Isma Maria
dan Hadi Azman terus pergi ke pasar. Arisa Maria pula terus mengemas meja dan
mencuci pinggan mangkuk setelah mereka semua
selesai saja bersarapan tadi. Dalam minda Arisa Maria dia mahu mengemas
rumah selepas mengemas meja dan mencuci pinggan mangkuk. Isma Maria pula sudah
pun membasuh baju usai sarapan pagi bersama adiknya.
Sambil membuat kerja rumah, dalam
minda Arisa Maria, dia sudah merencanakan sesuatu. Tak kan cuti semester ni
kerjanya nak duduk rumah je kot. Sekali sekala nak juga jalan-jalan ambil angin
di luar. Arisa Maria bercadang mahu pergi ke rumah Rohani selepas dia selesai
saja mengemas rumah nanti.
Selesai saja rumah dibersihkan,
Arisa Maria terduduk di sofa yang berada di ruang tamu. Melepaskan keluhan
panjang. Mahu merehatkan diri sekejap, letih juga mengemas ni. Mata dirapatkan,
tanpa disedari Arisa Maria terlelap.
“Ya ALLAH, dah pukul berapa ni?
11.30 pagi? Boleh pulak aku terlelap kat sini.” Matanya menoleh ke arah jam,
muka dirautkan dengan tapak tangan.
Arisa Maria bangun, lantas bergerak
masuk ke biliknya untuk menukar pakaian. Dia mengenakan baju blouse lengan panjang berwarna merah
jambu yang tidak menampakkan susuk tubuh badan berserta seluar jeans hitam, tiada potongan. Sememangnya
warna pink merupakan warna kegemaran Arisa Maria. Padanya warna pink
melambangkan keceriaan dan kelembutan. Kebanyakan baju kurung dan t-shirt Arisa
Maria banyak warna merah jambu. Sekiranya pergi mana-mana pasar raya untuk
membeli baju, Arisa Maria akan memilih warna merah jambu. Jika tiada warna
merah jambu, dia akan memilih warna merah. Kalau tidak pun warna-warna lembut.
Warna-warna sebegitu memang sesuai dengan warna kulit Arisa Maria yang cerah.
Arisa Maria hanya memandang sepi
basikalnya yang sering dinaikinya semasa di zaman sekolah dahulu. Dia lihat
basikalnya itu masih baik, cuma tayar belakangnya sudah pancit. Pada Arisa
Maria biarlah dia berjalan kaki saja untuk pergi ke rumah Rohani kerana jarak
antara rumah Arisa Maria dan Rohani tidaklah sejauh mana. Hanya mengambil masa
selama lebih kurang lima minit.
Lantas Arisa Maria mencapai kasut
dan memakainya. Pintu rumah dikunci rapat dan kuncinya Arisa Maria letakkan di
dalam rak kasut. Isma Maria dan Hadi Azman sememangnya sudah tahu Arisa Maria
akan meninggalkan kunci di dalam rak kasut kerana dari dahulu lagi sekiranya
Isma Maria bekerja di sebelah petang, dia akan meninggalkan kunci rumah di
dalam rak kasut tersebut. Apabila Arisa Maria pulang dari rumah, dia akan
mengambil kunci tersebut di dalam rak kasut. Hanya mereka tiga beradik saja
mengetahui perkara ini. Pergi ke mana sahaja mereka tidak akan membawa kunci
rumah bersama, tetapi hanya meletakkan di dalam rak kasut.
Sambil berjalan, Arisa Maria
menyanyi kecil. Di tangannya memegang bekalan nasi lemak untuk diberikan kepada
Rohani. Tiba-tiba Arisa Maria dikejutkan dengan satu suara memanggil namanya.
“Arisa, Arisa. Eh, bila balik rumah ni? Abang Osman tak tahu pun Arisa balik kampung.
Berapa lama Arisa cuti? Dah lama Abang Osman tak jumpa ni, abang tengok Arisa
makin cantiklah. Ye lah, dulu muka budak kecil lagi, Arisa pun sekolah lagikan.
Lepas SPM je abang terus sambung belajar. Memang dah lama tak jumpa Arisa ni.
Arisa nak tumpang abang tak? Arisa nak pergi ke mana?” Ujar Osman apabila
ternampak seorang gadis berjalan berseorang di tepi jalan.
Teragak-agak juga Osman mahu
memberhentikan keretanya tadi kerana di fikirannya mungkin yang berjalan itu
orang yang tidak dikenalinya. Memang tidak disangka Osman rupanya yang berjalan
itu adalah Arisa Maria, gadis yang diminatinya sejak dibangku sekolah dahulu.
“Oh,
Abang Osman rupanya. Arisa ingatkan siapalah tadi, terkejut juga Arisa.
Tiba-tiba je sergah. Baru semalam Arisa sampai rumah. Tu pun Abang Adi ambil
kat bustand. Nasib baik Abang Adi
ada, kalau tak memang Arisa tumpang tidur rumah kawan je lah dulu. Esok paginya
baru suruh Abang Adi jemput. Lagipun Arisa sampai bustand semalam dah pukul empat pagi lebih. Manalah ada teksi lagi.
Abang Osman dari mana ni? Hari ni hari minggu, tak kan Abang Osman kerja kot.” Jawab Arisa cuba berbasa-basi dengan Osman. Dalam hatinya
berdoa supaya cepatlah Osman pergi meminta diri. Terasa segan pula apabila
sudah lama tidak berjumpa dengan Osman, tiba-tiba hari ini takdirnya pula Arisa
Maria akan bertemu dengan Osman. Apabila
melihat Osman, ingatan Arisa Maria terus teringat semasa zaman sekolahnya.
Terdetik pula rasa kasihan di sanubari Arisa Maria apabila segala surat layang
yang dikirimkan Osman langsung tidak dibalasnya. Dipandang sepi tanpa bicara.
Bahkan apabila di sekolah, Arisa Maria sering saja cuba melarikan diri daripada
bertemu dengan Osman. Dia bimbang sekiranya Osman akan bertanyakan tentang
balasan surat layangnya.
“Em,
tak pe lah Abang Osman, Arisa rasa lebih baik jalan kaki je. Lagipun nak ke
rumah Rohani tu taklah jauh sangat. Nak jumpa Rohani ni, sebab lama dahkan tak
jumpa dia sejak Arisa sambung belajar ni.” Arisa Maria memberi alasan supaya
dapat mengelakkan dirinya daripada naik sekereta dengan Osman. Bimbang juga dia
andainya niat baik Osman itu akan disalah ertikan oleh penduduk kampung yang
melihatnya.
“Eh!
Si Seman ni, cepatlah blah! Aku
sengan kalau orang kampung tengok ni. Adoiii…”
Arisa berkata sendiri di dalam hati.
“Kalau Arisa tak nak tumpang, abang
tak boleh buat apalah. Okaylah, abang pun nak gerak balik rumah ni, tadi abang
pergi ke pasar sekejap, mak suruh cari ikan patin, katanya nak masak asam
pedas. Abang gerak dulu ye, Assalammualaikum.”
Osman menghidupkan enjin kereta Proton
Perdananya dan terus meluncur laju menghala ke jalan rumahnya. Osman berasa
agak terkilan apabila Arisa Maria menolak ajakannya untuk menumpangnya hantar
ke rumah Rohani. Arisa Maria meneruskan perjalanannya. Dalam masa lebih kurang tiga
minit kemudian, Arisa Maria sudah pun sampai ke rumah Rohani.
“Lemah
lembutnya perkataan adalah pengikat hati.” – Kata Pujangga Arab.
EMPAT
“Assalammualaikum, Rohani. Arisa
datang ni bawakan bekal nasi lemak untuk Rohani. Ani, oh Ani.” Teriak Arisa
Maria apabila sahutan salamnya tidak berjawab.
“Waalaikumusalam. Eh, Risa. Bila
sampai ni? Kau tak beritahu aku pun yang kau nak balik kampung.”
“Kan aku tengah cuti semester
sekarang ni. Aku baru sampai semalam, pukul empat pagi lebih, lepas tu aku
telefon Abang Adi aku suruh ambil aku kat bustand.”
“Oh, ye ke? Lupa pula aku dah cuti
semester sekarang ni kan.
Yang kau duduk terjegat je kat luar tu kenapa? Masuklah. Aku kat dapur tadi, tu
yang tak dengar ada orang datang. Tengah sediakan bahan untuk masakan tengah
hari ni.”
Arisa Maria menjejakkan kakinya ke
rumah Rohani. Terasa rindu dengan suasana di dalam rumah itu. Dulu semasa kecil
selalu juga Arisa Maria datang bertandang ke rumah Rohani bermain bersama. Mata
bundarnya masih tidak puas melihat ruang sekeliling rumah itu. Banyak juga yang
dah berubah.
“Risa, cepat je masa berlalu
sekarang ni kan, pejam celik, pejam celik, kita dah pun besar. Tahu-tahu aku
dah kerja dah, dah boleh menanggung diri sendiri. Rindulah dekat kau.” Lantas
Rohani merangkul tubuh badan Arisa Maria, menzahirkan rasa rindunya. Pipi Arisa
Maria dicium. Dah macam adik-beradik. Sungguh, dia rindu akan sahabatnya itu.
teman sepermainan semasa kecil.
“Aku pun rindu kat kau jugaklah. Dah lah tu, dah macam budak kecik aku kau peluk macam ni. Malulah
Ani kalau orang tengok.” Arisa Maria meleraikan pelukan. Dia tersenyum melihat
Rohani yang langsung tidak malu menzahirkan perasaan rindu kepadanya.
“Eleh, dengan aku pun nak malu.
Risa, kau makanlah tengah hari dengan aku. Aku rasa sunyilah duduk rumah sorang-sorang
ni. Mak ayah aku dah pergi umrah, Abang Long dengan Kak Ngah dah ada hidup
masing-masing. Adik aku yang dua orang pulak sorang belajar MRSM Muar, sorang
kat Sekolah Menengah Sains Muar. Diaorang
pun jauh, memang jarang sekalilah nak balik” Cerita Rohani panjang lebar kepada
sahabat karibnya itu.
“Ala,
kau ni. Apalah yang nak disusahkan sangat. Kalau rasa sunyi sangat, senang kau
kahwin je lah Ani. Aku ni teringin jugak nak merasa nasi minyak kau. Entah
bilalah kawan aku sorang ni nak kahwin agaknya.” Jawab Arisa Maria yang sengaja
mengusik sahabatnya itu. Rohani sekarang bekerja sebagai seorang guru sekolah
rendah di kampung ini.
“Kau cakap senanglah. Yang kau tu,
kenapa tak kahwin lagi? Tak lama lagi kau kan dah nak habis belajar. Tiga tahun kat
universiti tu tak kan lah tak ada yang tersangkut kot? Ke kau yang jual mahal sangat?” Balas Rohani sambil mencuit
bahu Arisa Maria.
“Aku malaslah nak bercinta masa
belajar ni. Bukan apa, aku takut aku terleka dengan bercinta, sudahnya belajar
entah ke mana. Lagi pun kau kan tahu aku hujung minggu pergi ke kelas menjahit,
kalau aku ada masa free pun aku
dengan roommate aku jalan-jalan, tak
pun melepak kat rumah dia. Dah tak ada masa aku fikir soal cinta. Tak pe lah, dah kerja nanti adalah masa
nak bercinta kot.”
“Em,
ye lah tu. Ikut suka kau lah Risa. Janji bahagia.”
“Kau tu dah jadi cikgu dah pun. Tak
kan lah tak de cikgu-cikgu lelaki
yang handsome yang kau minat.
Agak-agak kau dah tau dia single and
available, kau ajak je lah dia kahwin. Tak payah lagi segan-segan, nanti
jadi suami kau jugak. Senang jugak kan kalau kita dah kenal dia dulu.
Tak macam orang dulu, kenal tak lama terus kahwin. Kalau aku kena macam tu,
mahu melalak depan Kak Long dengan Abang Adi aku.” Arisa Maria mengangkat
kening sambil tersenyum simpul.
“Kau ni Risa, ingat aku ni dah gila sangat
nak kahwin ke? Tak naklah aku, nanti dia kata aku ni perigi cari timba pula.
Masa tu memang aku rasa nak simen je lah muka ni. Buat malu aku je. Lagi pun
cikgu-cikgu lelaki kat sekolah aku tu semuanya dah berkahwin lah, ada tu dah
bertunang. Agak-agaklah sikit mak cik oi, tak kan aku nak rampas tunang orang!
Sekolah kampungkan, besar manalah sangat, tak ramai pun cikgu lelaki.” Rohani
berkata sambil mengerutkan mukanya, agak terkejut dengan cadangan Arisa Maria.
Arisa Maria sememangnya begitu orangnya, sejak di bangku sekolah lagi, Arisa
Maria suka membuat perkara yang gila-gila. Dia memang seorang yang happy go lucky.
Semasa di
zaman sekolah menengah dahulu, Arisa Maria berada di tingkatan empat dan Rohani
berada di tingkatan lima. Ada seorang budak kelas Rohani yang bernama Hakim
suka mengusik Arisa Maria dengan mengutuk bahawa Arisa Maria dengan gelaran
‘katik’. Wal hal, kalau ikut tinggi orang Asia ketinggian Arisa Maria yang
setinggi 156cm tidaklah terlalu pendek sangat. Orang kata yang sedang-sedang
saja, sedang elok. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Arisa Maria
yang tidak suka dengan gelaran itu telah membuat rancangan dengan memancitkan
tayar belakang motorsikal Hakim semasa waktu rehat. Waktu pulang mahu tak
terkejut Hakim dibuatnya apabila melihat tayar motorsikalnya pancit. Arisa
Maria yang melihat dari jauh hanya ketawa besar bersama Rohani.
Lamunan Arisa Maria terhenti
seketika apabila suara Rohani mengetuk gegendang telinganya.
“Dah-dahlah tu, simpan je lah idea
gila kau tu. Sekarang ni aku nak kau tolong aku masak kat dapur tu. Lepas kita
makan, kita pergi bandar nak? Dah lama aku tak keluar dengan kau. Selalunya aku
keluar sorang-sorang je. Kita beli
apa yang patut, tengok wayang ke, lepas tu balik rumah. Daripada aku keluar sorang-sorang
nak buat apa je kan. Bosanlah.” Rohani menarik tangan Arisa Maria ke dapur
mengajak sahabatnya itu untuk menolongnya memasak.
“Ala, kau ni memang tau-tau je kan.
Aku baru je rasa lega sebab tak payah tolong Kak Long aku masak hari ni.
Tengok-tengok datang rumah kau aku kena masak pula. Memang sajalah kau ni Ani.”
Jawab Arisa Maria dengan nada yang merungut.
“Kau ni Risa, macam manalah dah
kahwin nanti? Takkanlah suami kau makan kat luar je nanti? Dah kau tak reti nak
masak. Kau tahu tak masakan tu boleh memikat hati suami tau. Kau rajin-rajinlah
belajar masak dengan Kak Long kau tu. Kak Long kau tu pun pandai masakkan.
Senang dah ada orang yang pandai masak tu depan mata kau, kau suruh je lah dia
ajar. Tapi sayangkan Kak Long kau tak nak kahwin. Lawa apa Kak Long kau. Aku
rasa dia lagi cantik dari kau. Hehehe..”
Bebel Rohani panjang lebar menasihati sahabatnya itu tapi sempat lagi mengusik.
Memang patut pun korang ni bestfriend. Masing-masing boleh layan
kepala.
“Ye lah tu Ani, aku tahu tu. Kau ni
dengan Kak Long, Abang Adi aku sama je, tak habis-habis suruh aku kahwin.
Lagi-lagi kau dengan Abang Adi, dua kali lima. Korang ni elok aku kahwinkan je tau. Tapi aku tak tahu lah kalau
Abang Adi aku dah ada yang punya ke belum. Yang penting aku tak nak dan aku
muda lagi. Aku baru 23 tahun okay! Tahun depan nak habis belajar dah! Yes! Boleh kerja, cari duit sendiri. Hehehe.. Sekarang ni aku dah tahu
masaklah sikit-sikit. Kalau yang simple-simple
tu aku masak pejam mata je. Senang sangat. Nasi lemak ni akulah yang masak.
Kau rasalah, tengok sedap tak nasi lemak aku ni. Tadi Kak Long aku dah puji
sedap.” Jawab Arisa Maria sambil mempamerkan senyumannya yang manis.
“Kalau aku cakap tu, kau ada je
jawapannya. Aku kata A, kau kata B. Risa, Risa tak berubah-ubah kau ni dari
dulu lagi. Sekarang ni aku nak kau tolong aku masak, cepat sikit siap nanti,
cepatlah dapat makan. Aku pun dah lapar sangat ni, pagi tadi aku tak sarapan
pun, setakat minum milo je. Nasib baiklah kau ada tapaukan nasi lemak ni,
bolehlah aku makan. Kau janganlah pulak tengok je aku makan ni. Kau dah makan
tadikan kat rumah kau. Ha, tu ada bawang yang tak dikupas lagi, kau kupaslah
dulu. Aku nak masak ikan talapia masak lemak cili padi.” Rohani berkata kepada
Arisa Maria sambil menyuapkan nasi lemak yang dibawa oleh Arisa Maria untuknya.
“Baik mak nenek, bebel je kau ni
dari tadi. Aku tahulah nak buat. Lebih baik kau makan je nasi lemak tu
senyap-senyap, nanti ada pula yang tersedak ni.” Arisa berkata sambil tangannya
pantas mengupas bawang.
“Ani, aku tak tahu ni nak masak ikan
talapia masak lemak cili padi. Setakat kau suruh aku sediakan bahan-bahan
bolehlah.” Arisa Maria berkata kepada Rohani setelah dia selesai menyediakan
semua bahan-bahan untuk memasak ikan talapia masak lemak cili padi.
“Ha, kan ada baiknya kau datang
rumah aku hari ni. Tengok, tak bagi aku bercakap masa makan, tapi ajak aku
borak jugak. Nanti aku ajarlah kau
macam mana nak masaknya. Masak ni tak susah pun Risa. Kau masukkan je lah
apa-apa pun, campak-campak je, tengok-tengok nanti jadi juga. Yang penting kita
tahu agak, tahu bahan-bahannya. Jangan kau main masuk garam segenggam, memang
sorang pun tak nak makan. Masak ni, janji kita ada minat, ada keinginan nak
masak. Aku dulu masa mula-mula belajar masak macam tulah. Kadang-kadang aku
tengok buku resipi, saja nak cuba
masak.” Cerita Rohani itu panjang lebar sambil memandang temannya itu. Dia
melihat Arisa Maria sekarang badannya agak susut sedikit.
Mungkin kerana Arisa Maria sering
kali mengikat perut semasa di universiti, begitu juga dia semasa belajar di
Universiti Perguruan Sultan Idris dahulu. Sering kali juga dia mengikat perut
kerana mahu berjimat cermat.
Selesai saja mereka memasak dan
makan tengah hari, mereka bersiap-siap untuk pergi ke bandar. Arisa Maria
terlebih dahulu menelefon Isma Maria bagi memberitahu bahawa dia akan mengikut
Rohani ke bandar. Bebel juga Isma Maria tadi apabila Arisa Maria memberitahunya
tentang hal itu agak lewat. Jenuh juga Isma Maria menunggu kepulangan Arisa
Maria untuk makan tengah hari bersama.
Selepas solat Zohor, Arisa Maria dan
Rohani bertolak pergi ke bandar dengan menaiki kereta Rohani. Sambil itu mereka
berbual-bual tentang hal perihal diri masing-masing semasa belajar di
universiti. Bagi Arisa Maria pula dia tidak sabar untuk mengakhiri semester
akhirnya dan seterusnya mencari pekerjaan sebagai bisness woman.
“Kau tahu Risa, masa aku kat UPSI
dulu memang penat sangat. Ada
je program yang kena sertai. Lagi-lagi masa aku junior dulu. Tapi bila dah jadi senior dapatlah rehat sikit. Memang aku duduk kat bilik je lah,
membuta.” Ujar Rohani kepada Arisa Maria.
“Kau memang, kuat tidur. Ada je masa lapang, memang
membuta je tahu. Aku ni kat UPM tu masa lapang tu memang ada tapi tak banyak. Masa
lapang yang ada tu aku banyak pergi belajar menjahit, tak pun pergi library. Keluar berjalan ke KL pun kalau
ada nak cari barang je, tu pun pergi dengan Aisya, roommate aku. Kau jalan-jalanlah KL nanti, cakap je kau nak pergi
mana, nanti aku dengan Aisya bawakan. Aisya tu baik sangat, tak pernah berkira
dengan aku, kadang-kadang aku pun naik segan dengan dia. Aku pun ada jugak kenal dengan famili dia, papa
dengan mama dia baik tau, tak sombong dengan kekayaan yang ada.” Cerita Arisa Maria kepada Rohani panjang
lebar. Rohani hanya menganggukkan kepala saja, seperti tiada sebarang respon
mahupun ingin berkata apa-apa. Telinganya begitu khusyuk mendengar lagu
Ayat-ayat Cinta yang berkumandang di corong radio.
“Untunglah kau ada roommate yang ambil berat pasal kau.”
Rohani membalas, memberikan komen.
“Tu lah pasal, Alhamdulillah. Kita
kalau buat baik dengan orang, Insya-ALLAH orang pun akan buat baik dengan kita
juga.”
“Risa, kau ni bercakap pasal
berjalan, aku teringat masa kita kecik
dulu. Kau ingat tak masa kita sekolah rendah dulu? Lepas sekolah kau boleh ajak
aku jalan-jalan ke sawah hujung kampung. Kau cakap teringin sangat nak tengok
sawah. Berani betul kau, masa tu aku boleh pulak
main ikut je. Ye lah, aku dengan kau pun masa tu budak kecilkan. Dalam kepala
fikir nak main je. Pasal kau lah aku kena marah dengan mak aku. Aku ni punyalah
baik hati sampaikan sanggup cakap dengan mak aku yang aku dengan rela hati ikut
kau. Aku takut mak aku datang rumah kau. Marah ibu ayah kau kata dia tak pandai
jaga anak. Ayah aku diam je, yang dia tahu aku sampai rumah dengan selamat.
Cerewet mak aku ni. Banyak songeh, macam-macam dia tanya. Penat aku nak
menjawab. Nasiblah siapa yang jadi menantu dia. Hehehe..” Rohani tersenyum sumbing menampakkan gigi taringnya yang
tumbuh di bahagian kiri bersebelahan
dengan selang empat gigi hadapan.
Kadang-kadang Arisa Maria melihat
Rohani begitu comel dengan giginya yang sebegitu, dengan mukanya yang bujur
sirih dan ada tahi lalat di kedua-dua belah pipinya. Terimbas kembali di benak
Arisa Maria semasa mereka di zaman kanak-kanak dahulu. Arisa Maria dan
kawan-kawan yang lain sering memanggil Rohani dengan timangan Pikachu, binatang
kartun kecil comel belaan Ash dalam cerita Pokemon. Arisa Maria selalu menunggu
di depan televisyen untuk menonton rancangan kegemarannya itu namun cerita itu
hanya dapat ditonton oleh Arisa Maria apabila ibunya tiada saja di rumah kerana
masih bekerja pada waktu itu. Kalaulah tahu ibunya bahawa dia sering membuka
televisyen pada waktu maghrib, tentu dia dimarahinya. Abang Adi yang tahu
dengan perangai adiknya itu hanya mendiamkan saja, merahsiakan daripada
pengetahuan ibu. Kak Long pun sekepala!
Apabila teringat masa kecilnya dahulu, Arisa Maria tersenyum sendiri,
tidak sedar kelakuannya diperhatikan oleh Rohani sehinggalah keretanya berhenti
di tempat destinasi mereka.
“Arisa Maria sayang, cukup-cukuplah
tu berangan, tersenyum sorang-sorang.
Nanti orang kata aku bawa orang gila pulak.”
Rohani membebel kecil dengan mulut mungilnya yang comel sambil tangannya sibuk
mencapai handbag yang berada di seat belakang kereta.
“Ala, kau ni Ani. Janganlah cakap
macam tu, segan aku kau tahu tak. Ish…dah lah, jomlah kita keluar dari kereta
ni.” Arisa Maria merungut panjang sambil mulutnya dimuncungkan ke hadapan
lantas tangannya cuba membuka pintu kereta. Rohani hanya gelak besar saja
melihat telatah Arisa Maria.
“Ha! Muncungkan lagi mulut tu, nanti
aku ambil hanger baju, sangkut kat
mulut kau! Hahahaha..”
“Dah-dah, jangan nak merepek, jom. Time to window shopping! Lets go!” Jawab
Arisa Maria, tangannya menarik tangan Rohani.
“Yang paling
besar di bumi ini bukanlah gunung-ganang dan lautan, melainkan hawa nafsu yang
jika gagal dikendalikan maka kita akan menjadi penghuni neraka.” – Imam
Al-Ghazali.
LIMA
“Ringg…Ringg…
Telefon bimbit Amri Mukhris menjerit minta diangkat. Jam di dinding sudah
menunjukkan pukul 10 pagi, namun Amri Mukhris masih dibuai mimpi indah bersama
dengan tilam dan bantal empuknya. Tanpa melihat siapa yang menelefon, Amri
Mukhris terus meletakkan telefon bimbitnya di bawah bantal, mulutnya merungut
kerana lenanya diganggu. Entah apa yang dibebelkan, tak tahu!
Beberapa kali telefon bimbitnya
berdering, namun masih tidak diangkat oleh Amri Mukhris. Akhirnya dengan hati
yang berbuku, Amri Mukhris terus mengambil telefon bimbitnya lantas
mencampakkan ke lantai. Tidak berbunyi terus telefon bimbitnya, lantas Amri
Mukhris menyambung tidurnya. Hari ni hari minggu, inilah masanya dia mahu tidur
panjang dan tanpa mahu diganggu oleh sesiapa. Tidak Natasya Julia mahupun
mamanya. Atas sebab itulah Amri Mukhris mahu hidup bersendirian di kondominium mewah
miliknya, tidak mahu berkongsi hidup dengan mama dan abang kembarnya, Amri
Luqman. Kalau hidup dengan papa dan Aisya okay! Sekepala! Bagi Amri Mukhris,
abang kembarnya itu terlalu mengikut telunjuk mamanya, Datin Marissa. Datin
Marissa suka menggongkong kedua-dua anak lelakinya, mahu anak-anaknya mengikut
saja kata-katanya. Tapi adiknya yang bongsu tidak pula Datin Marissa mahu
menggongkong. Semua kemahuan Aisya diturutinya. Pelik! Anak kesayanganlah tu!
Bagi Amri Mukhris, dia mahu hidup
bebas, mahu berdikari sendiri. Atas alasan itulah, Amri Mukhris tidak bekerja
dengan papanya, Datuk Harith di syarikat Harithsa Electronic, syarikat
elektronik terkemuka di Malaysia. Amri Mukhris lebih selesa bekerja sebagai
arkitek, minatnya sejak kecil lagi. Mujurlah papanya memberi sokongan dan
dorongan kepadanya, tidak seperti mamanya. Ada saja bantahan! Ada saja yang tak
kena dengan apa yang dilakukannya!
Jam tepat menunjukkan pukul satu
tengah hari, barulah Amri Mukhris terjaga daripada lenanya. Matanya memandang
ke arah telefon bimbitnya yang hancur berderai kerana menganggu tidurnya tadi.
“Ni mesti si Julia telefon, sibuk je
lah minah celup ni kacau hidup aku. Sehari tak telefon, tak menghadap muka aku
tak boleh agaknya. Apa handsome
sangat ke aku ni? Eee, ni semua mama
punya pasal, apesal lah minat sangat
dengan minah celup ni. Aku tengok naik meluat!” Amri Mukhris membebel sendirian
sambil bangun dari pembaringannya dan menuju ke bilik air. Dia harus keluar
membeli telefon bimbit yang baru, lantas segera menyiapkan diri secepat
mungkin.
Usai menyiapkan diri, Amri Mukhris
membentangkan tikar sejadah menghadap kiblat. Solat mesti ditunaikan, kewajipan
tu! Solat Zohor ditunaikan dengan begitu khusyuk sekali. Tidak lupa mendoakan
kesejahteraan buat mama dan papanya. Tikar sejadah dilipat dan digantungkan di
kepala katil.
Kakinya menuju ke arah meja solek.
Amri Mukhris menatap wajahnya di hadapan cermin.
“Handsome
juga aku ni ek, tapi muka aku
sama dengan Abang Luqman, aku adik pulak tu! Adoi, tak apalah, reda. Nasib baik
Abang Luqman boleh kamcing dengan aku, tak macam mama. Arghh! Stress! Stress!”
Tangan Amri
Mukhris mencapai minyak wangi Dunhill Desire dan dia terus menyemburkan wangian
tersebut di seluruh badannya. Satu bilik terbau haruman tersebut, menyegarkan!
Sememangnya wangian Dunhill Desire ini kesukaan Amri Mukhris. Walaupun harganya
agak mahal, Amri Mukhris tidak kisah. Baginya wang tidak menjadi masalah. Dari
kecil sememangnya hidupnya dicurahi dengan kemewahan tetapi Amri Mukhris dan
adik beradiknya tidak pernah lupa akan asal-usul mereka. Datuk Harith sentiasa
mengingatkan mereka sekeluarga kerana Datuk Harith bukanlah lahir dari keluarga
kaya atau mewarisi kekayaan keluarga. Datuk Harith dahulu orang yang biasa,
bekerja bermula dari bawah dan rajin berusaha sehinggalah dia kini berada di
peringkat atas, sebagai Pengarah di Syarikat Harithsa Electronic.
Menyedari dirinya agak kelewatan,
Amri Mukhris lantas mengambil kunci keretanya yang berada di atas meja makan
dan berlari bergegas ke tempat letak kereta.
“Alamak, janganlah lambat, hujung minggu ni
mesti jam nanti! Kenapalah aku beli rumah kondominium bertingkat-tingkat ni,
kan dah menyusahkan diri. Naik turun lif. Adoi!”
Mulutnya tak habis-habis membebel sendirian. Amri Mukhris sememangnya seorang
yang suka bercakap, suka cakap lepas namun hatinya baik. Walaupun mamanya,
Datin Marissa tidak menyokong dalam apa juga minatnya, namun bagi Amri Mukhris Datin
Marissa tetap mamanya, yang melahirkannya, wajib dihormati.
Tibanya di shopping complex, mata Amri Mukhris memandang ke kiri dan ke kanan.
Matanya mencari kelibat kawan baiknya, Haiqal Najmi. Mereka bekerja di tempat
yang sama dan belajar di universiti yang sama, mengambil jurusan yang sama.
Sejak dari universiti lagi Amri Mukhris dan Haiqal Najmi sememangnya sudah
berkawan rapat. Tambahan pula apabila mereka menjadi roommate semasa di universiti. Cuma apabila masing-masing sudah
bekerja, mereka mencari haluan masing-masing, duduk sendiri mahu berdikari.
Tanpa disedari, bahu Amri Mukhris terlanggar
seorang gadis yang sedang makan aiskrim sambil berjalan bersama dengan
rakannya, kakaknya atau adiknya. Amri Mukhris tidak tahu! Habis baki aiskrim
tersebut terkena di baju Amri Mukhris dan kepala gadis itu terlanggar bahu
bidang Amri Mukhris.
“Adoi,
sakitnya kepala aku! Hoi, pak cik!
Mata kau ke mana hah? Tak nampak ke
aku ni yang tengah berjalan depan mata kau? Lain kali mata letak kat depan,
pandang ke depan. Bukannya letak kat lututlah sengal! Kau ganti balik aiskrim
aku, aku tak kira. Cepat!”
Rohani yang memandang Arisa Maria
yang sedang berang cepat-cepat menarik tangan Arisa Maria mahu mengajak mundur
dari sini. Dalam hatinya berdoa, janganlah bergaduh besar budak dua ekor ni.
“Eh,
minah pendek ni memang nak kena dengan aku, jalan tak tengok depan, habis baju
mahal aku! Arghh!!” Amri Mukhris
berkata dalam hati sendirian, mukanya jelas menunjukkan sedang menahan marah.
“Eh, pendek! Dah macam ayam katik
aku tengok kau. Cakap jangan nak sedap mulut kau je eh, mata kau entah ke mana
letak lepas tu nak salahkan aku pulak! Kau tu dah lah pendek, kaki pendek,
langkah jalan tak besar, mata besar tapi letak kat lutut! Kau ganti balik baju
aku, aku tak kira, ganti balik! Aku beli mahal tahu tak!” Masing-masing
bertentang mata. Cuba menahan rasa amarah yang sudah menyelubungi diri. Dalam
hati masing-masing berdiskusi sendiri dengan tuannya.
“Dah main kasar nampak mamat ni. Dia
kata aku pendek, kaki pendek. Ayam katik pulak
tu! Ini dah melampau. Pas tu copy paste ayat aku cakap mata letak kat
lutut. Pantang betul nenek moyang aku. Lanun mana datangnya mamat ni? Eh,
sendiri salah nak salahkan aku pulak! Eh, ke sama-sama salah? Aku pun jalan tak
pandang depan tadi. Ah, aku peduli apa, aku nak aiskrim aku jugak!” Arisa Maria
terkedu seketika, matanya tidak lari memandang tepat ke muka Amri Mukhris.
“Alamak, comel juga minah pendek ni.
Mata kau dah lah besar, janganlah pandang aku macam nak telan. Jantung aku dah
tak stabil ni, laju je berdegup. Ah, bangun Ris, bangun! Minah pendek ni nak
psiko kau je!”
Amri Mukhris bersuara. Lantas,
memecahkan kesunyian antara mereka yang bertentang mata seketika.
“Kau nak sangatkan aiskrim murah kau
ni? Nah, Amek duit ni kau pergi beli aiskrim banyak-banyak budak kecik, kaki
pendek!” Lantas Amri Mukhris mengambil sekeping wang not RM50 dalam wallet nya dan mencampakkannya ke
hadapan muka Arisa Maria. Kaki Amri Mukhris mahu melangkah ke hadapan, mahu ke
bilik air mencuci kotoran bajunya yang terkena aiskrim.
“Maafkan saya ye encik, saya mengaku
salah saya. Maafkan saya. Terima kasihlah sebab sudi gantikan aiskrim saya ni,
terlebih pulak duit ni. Terima kasih
ye, anggap je duit lebih ni amal jariah encik. Tapi sebelum tu saya ada juga
hadiah nak bagi encik, sekejap ye. Rasa bersalah pulak kalau tak bagi apa-apa
pada encik.” Arisa Maria berkata sambil tersenyum memandang Amri Mukhris. Dalam
kepalanya sudah merencanakan suatu tindakan yang luar jangkaan.
Lantas, tangannya mencapai aiskrim
yang berada di tangan Rohani. Dia menonyohkan aiskrim tersebut pada baju Amri
Mukhris!
“Nah, ni hadiahnya! Lain kali orang
berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Sekarang ni kau rasakan! Oi, hantu galah! Kau tu dah lah tinggi
macam galah, mata ada letak dekat mana hah?
Sesedap rasa kau je eh campak duit kat aku. Adab kau mana hah? Kau ingat kau
orang berduit kau boleh tak beradab dengan orang sesuka hati kau? Kau ingat aku
ni adik-adik kau ke hah? Ambik ni! Kau
rasakan! Ni namanya pengajaran buat kau. Ha,
ni makan dia! Lain kali jangan nak kurang ajar dengan orang yang kau tak
kenal. Apa-apa pun terima kasih sebab ganti aiskrim aku, baju kau boleh basuh,
jadi aku tak nak ganti. Jom Ani, kita lari! Tinggalkan hantu galah yang macam
orang tak siuman ni. Hahahaha…”
Tangan Arisa Maria mencapai tangan Rohani, dan bergegas berjalan laju mahu
keluar dari shopping complex
tersebut. Arisa Maria galak ketawa.
“Aku dapat rezeki terpijak Ani!
Untungnya hari ni, murah rezeki! Hahahaha…”
Sambil berlari sempat lagi Arisa Maria berkata dengan kawan baiknya.
“Eh, Risa! Berhentilah, aku dah
penat berjalan ikut kau ni. Tak baik tau kau buat mamat tu macam tu. Terkejut
muka dia tadi tau. Dahlah dia ganti aiskrim kau. Kau pun satu tadi, mata kau
pandang ke tempat lain masa berlanggar dengan dia tadi. Masing-masing salah korang tahu tak! Dah lah mamat tu handsome, tinggi gila, bahu bidang,
hidung mancung kot. Kau tak tergoda ke dengan dia? Alangkah aku yang tengok dia
marah tadi pun mahu boleh gugur beb jantung! Alamak, prince carming dah muncullah!” Rohani dah mula membebel tak tentu
pasal, bukannya mahu menyebelahi rakannya, bahkan masih mahu memuji akan
ketampanan Amri Mukhris.
“Ah,
aku tak tergoda pun, badan dah lah cekeding,
pas tu mulut dia sedap-sedap je nak kata aku ni minah pendek, kaki pendek!
Ayam katik pulak tu. Mulut tak ada insurans langsung. Aku kalau jumpa dia lagi
sekali mahu aku isytihar perang besar dengan dia. Eee, aku benci dengan mamat cekeding tu, mulut macam hampeh! Dah lah berlagak nak mati, duit
main campak je depan aku, tak ada adab sopan langsung, mahunya aku tak berangin
satu badan.”
“Eh,
dah-dah tu, kau dengan dia sama je. Mulut tak ada insurans. Kalau dia mulut
macam hampeh, kau mulut macam machine gun. Terkejut mamat tu bila kau
sembur dia macam-macam. Dah, jom kita balik, dah nak petang ni. Kau pun beli
novel dengan buku panduan jahit manik je kan. Aku rasa baik kau bagi tahu Kak
Long dengan Abang Adi lah Risa pasal kau pergi ke kelas menjahit kau ni. Kau
dah lah suruh aku simpan rahsia, aku takut tak tersimpan je ni.”
“Hah,
Ani! Kau jangan terlepas cakap eh, ingat kau dah janji dengan aku. Ikut aku,
aku tak nak bercerita dengan kau tau. Tapi tak kan lah sebab kau ni bestfriend aku, rasa bersalah pulak kalau tak bercerita. Serba salah
aku jadinya. Ingat, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut! Ala, nanti sampai masanya aku ceritalah
dengan Kak Long dengan Abang Adi aku. Lagi pun aku rasa dia orang tak marahlah
sebab keputusan exam aku masih lagi
memuaskan, tak ada pun pointer turun.
Kira aku ni bijak lagi lah, pandai bahagi masa. Hehehehe..”
“Ye lah tu, bijak menipu kau memang
nombor satu kan? Dah-dah, kita pergi makan cendol dulu jom sebelum balik ni.
Dekat dengan simpang empat tu, cendol dia, pehh!
Terbaik aku cakap kau. Tiba-tiba aku terasa nak makan pulak. Kau belanja aku
eh? Tadi dapat duit dari mamat handsome tu
kan? Jangan kedekut okay dengan kawan kau ni. Nah, ambil kunci kereta ni, kau drive. Balasan sebab bazirkan aiskrim
yang aku belanja tadi. Hahahaha..” Tepat! Rohani dapat mendengki Arisa Maria.
Tahu sangat dia dengan perangai Arisa Maria yang malas memandu kereta. Wal hal,
lesen memandu dah tamat P lama dah.
“Pucuk dicita, ulam mendatang. Orang
dah bagi aku lanyak kereta dia, aku tibai. Kalau kereta kau rosak jangan
salahkan aku eh! Dah, jom gerak.”
“Kau ni kan Risa, aku rasa kau dah
salah ambil jurusanlah. Sepatutnya kau ambil jurusan sastera. Kau kalau
bercakap tak habis-habis dengan peribahasa kau, kalah aku yang jadi cikgu ni.
Tapi merosakkan bahasa pun kau berbakatkan. Bukan main lagi kau maki hamun
mamat handsome tu tadi. Tak baik tau,
kau tu dah lah perempuan, kenalah jaga budi bahasa. Ni mamat tu belum cakap
apa-apa lagi kau dah sembur dia. Gila betullah. Nasib baik tak ada doktor sakit
jiwa kat situ tau!” Bising juga Rohani. Tapi dalam pada itu Rohani kagum dengan
Arisa Maria yang sering menggunakan peribahasa apabila bercakap.
“Memanglah kau kalah dengan aku
kalau bab Bahasa Melayu, peribahasa ni, dah kau bukannya mengajar Bahasa
Melayu, kau mengajar Matematik okay! Subjek yang banyak nombor tu, sampai
kepala aku pening, mata aku naik juling. Jalan mana ni nak lalu ke gerai cendol
tu? Apesal lah kau beli kereta manual ek? Beli kereta auto dah
lah, senang. Tekan minyak dengan break
je, jalan terus. Tak payah nak lenguh-lenguh kaki menekan clutch.” Mulut Arisa Maria membebel kepada Rohani sambil tangan
kirinya menukar gear kereta mahu bergerak ke detinasi yang ingin dituju.
“Aku memang sengaja beli kereta manual ni, lagi pun kau tahu je lah dua
orang adik aku tu perempuan. Lesen pun tak ada lagi, kalau aku beli kereta auto, lesen ada ke tak habis dia orang
lanyak kereta aku ni. Kalau manual, tak adalah dia orang reti sangat nak bawa. Amacam? Bijak tak aku? Aku sayang kereta
mak cik oi! Nak beli bukannya murah. Aku lebih rela jadi driver dia orang daripada bagi dia orang drive kereta ni. Comel apa kereta Viva ni, cam aku jugak. Hahahaha..”
“Aku tanya mana jalan nak ke gerai
cendol ni? Kang kalau sesat aku tak
tahu. Kau ni, aku tanya sikit, berjela-jela kau jawab. Cepat-cepat, nak ke kiri
ke kanan?”
“Kau belok kanan pas tu nanti sampai
kat traffic light simpang empat tu
kau belok ke kiri. Ada gerai kecik
kat tepi jalan tu.” Rohani berkata sambil tangannya menunjukkan arah, manakala
matanya memandang ke sebelah kiri.
“Risa, mamat handsome tadilah sebelah kereta kita ni. Mamat yang kau bagi baju
dia makan aiskrim tadi. Kau tengok kereta dia, Hyundai Sonata tu, cun giler! Aku dah tak tentu arah ni Risa.
Alahai, prince charming kenapalah
awak ni handsome sangat? Pandanglah
sini prince charming oi!” Rohani
menjerit apabila melihat wajah Amri Luqman yang sedang khusyuk memandang ke
hadapan menunggu lampu traffic light
bertukar ke warna hijau.
“Eh,
mak cik! Kau jangan nak terjerit-jerit eh. Kau ingat dia dengar ke? Kau tak
nampak ke cermin kereta tu tertutup? Cermin kereta dia pun tertutup. Aku rasa
mata kau ni dah julinglah. Muka macam jambatan tak siap tu kau kata handsome? Handsome lagi kambing Pak Mat kat kebun kelapa sawit kampung kita
tu tau!” Arisa membalas sambil mukanya menahan geram, masih bersisa marahnya
pada jejaka itu atas kejadian di shopping
complex tadi.
“Kau ni tak baik tau samakan orang
dengan kambing. Kan anugerah Tuhan tu, kita kenalah pandai manfaatkan, hargai.
Mata kau tu yang sebenarnya tak tahu menilai sebab kau dah memang tengah sakit
hati dengan dia. Muka sikit punya handsome
tu kau kata dia macam kambing? Ada ke patut? Tak patut, tak patut.”
“Dah-dah, aku tak nak cakap pasal
hantu galah tu lagi okay! Dah sampai ni, mai
kita pekena cendol sat. Makan cendol sampai lebam. Hahahaha…” Arisa Maria lantas keluar dan mahu menuju ke arah gerai
cendol.
“Risa, sekejap. Kau ni jalan laju
je, tak toleh kanan kiri. Kau tak nampak ke yang mamat tu makan kat gerai
cendol ni juga. Kau kalau nak makan cendol kat sini jugak jangan nak buat hal
eh. Jangan tak tentu pasal pergi serang mamat tu. Kalau dia tak mula dulu kita
jangan mula dulu. Kalau kau nak cari pasal gak,
aku tak kira. Jom kita balik.” Rohani terlebih dahulu memberi amaran kepada
Arisa Maria.
“Ye, ye, baik. aku tahulah cikgu
Rohani oi. Aku pun tak nak cari gaduh dengan hantu galah ni, buang masa aku je.
Tapikan kau tak pelik ke dia macam buat tak tahu je bila nampak kita ni? Ah,
lantak pi lah dia, ada aku kesah? Dah, jom makan. Duit hantu galah tu belanja. Hahahaha…”
Mereka berdua menikmati cendol tanpa
ada sebarang gangguan. Macam-macam jenis cendol yang dijual, cendol jagung,
pulut, kacang merah. Ada tu siap campur dengan ais kacang. Sedapnya! Sejuk! Tiada
gangguan atau suara sumbang yang keluar dari mulut Amri Luqman yang disangkakan
mereka berdua jejaka yang melanggar Arisa Maria di shopping complex tadi. Mata Arisa Maria tidak sudah mencuri pandang
ke arah Amri Luqman. Dia mahu melihat adakah Amri Luqman mahu menyerangnya
lagi.
Amri Luqman yang memandang Arisa
Maria terkedu. Tertawan dengan wajah Arisa Maria yang comel dan bermata galak. Putih
pulak tu! Cutenya! Amri Luqman jatuh
cinta pandang pertama! Tapi tidak berani menegur Arisa Maria. Entah-entah dah
jadi bini orang, mahu haru jadinya.
“Ingatan
yang paling baik ingatannya ialah orang yang berfikir.” – Dale Carneige
ENAM
Arisa Maria tiba di rumah pada jam
tepat pukul enam petang. Mujurlah dia dan Rohani sudah menunaikan solat Asar di
masjid berdekatan sebelum sampai di rumah tadi. Lantas, Arisa Maria memandang
buku jahitan manik yang dibeli di MPH
Bookstore petang tadi. Helaian buku jahitan manik diselak berulang kali.
Matanya sungguh teruja memandang setiap jahitan yang terpampang di setiap
halaman muka surat buku tersebut. Sememangnya Arisa Maria mempunyai minat yang
mendalam dalam dunia jahitan. Mungkin dia mengikut jejak langkah ibunya, Puan
Marlina. Puan Marlina sering mengambil upah menjahit baju orang kampung semasa
hayatnya. Tugasnya sebagai pekerja taska di sesi petang tidak menghalang
minatnya dalam seni jahitan. Namun, malangnya Arisa Maria tidak sempat menimba
ilmu menjahit baju daripada ibunya. Ibu dan ayah Arisa Maria telah pergi
meninggalkannya pada usianya masih kanak-kanak, masih berusia sepuluh tahun,
terlalu muda.
“Baik aku simpan nyorokkan buku ni
dulu sebelum terkantoi dengan Kak
Long. Mati aku kang kalau Kak Long
tahu. Kak Long tak tahu aku amek
kelas menjahit ni. Nak balik U nanti baru aku keluarkan. Kalau novel ni tak
apa, Kak Long pun suka nak baca. Minat sama, tak heran, masing-masing duduk
dalam perut yang sama. Hahahaha..”
Lantas, Arisa Maria mencapai buku jahitan manik tersebut dan menyorokkannya di
bawah katil.
“Adik, oh adik. Dah mandi ke belum?
Ni adik buat apa tertonggeng dekat bawah katil tu? Dah petang ni, pergi mandi
cepat, tak baik tau anak dara mandi lepas Maghrib. Kak Long tak berapa sihat
hari ni, adik tolong Kak Long masak eh? Nanti Adi nak balik makan, tak ada lauk
pulak. Adik masak yang simple-simple
je, Adi tak kisah makan apa pun. Kak Long ni pun tak ada selera nak makan ni,
tekak ni mual je.” Isma Maria berada di hadapan bilik Arisa Maria, tangannya
menutup mulut kerana mahu menahan batuk. Muka Isma Maria pucat tiada seri.
“Kak Long, adik tak buat apa-apa.
Cuma ada lipas masuk bawah katil tadi, tu yang adik tengok ke mana lipas tu
pergi. Kak Long ni adik tengok sekarang ni kerap sangat tak sihat kenapa?
Ceritalah dengan adik Kak Long, Kak Long sakit apa sebenarnya? Kalau demam tak
kan lah Kak Long kerap demam. Bukannya panas terik sekarang ni. Kak Long,
tolonglah cerita dengan adik. Janganlah buat adik dengan Abang Adi risau pasal
kesihatan Kak Long. Kalau betul Kak Long ada penyakit, kita cari penawar.
Setiap yang sakit pasti ada penawarnya kecuali mati. ALLAH bagi kita sakit
sebab nak hapuskan dosa kita, tapi kita jangan hampa mencari ikhtihar, cari
penawar. Kak Long janganlah buat adik macam ni. Kalau macam ni kesihatan Kak
Long, adik susah hati nak balik U nanti. Tengah adik cuti ni bolehlah adik
tengokkan Kak Long, tapi ni nanti kalau adik dah naik semula masuk U macam
mana? Abang Adi ada tapi dia sibuk dengan kerja. Kak Long, ceritalah. Please…” Arisa Maria memegang tangan
Isma Maria, raut wajahnya jelas menggambarkan kebimbangan yang menggunung
terhadap kesihatan Isma Maria.
“Adik, jangan risaulah. Kak Long tak
ada apa-apa. Kak Long dah pergi ke klinik dah, doktor cakap Kak Long okay. Cuma
mungkin Kak Long kurang minum air masak, pas tu Kak Long kan rajin kerja. Ye
lah, duduk rumah sorang-sorang bila
adik tak ada, Adi pergi kerja Kak Long sunyi. Kerja je lah, dapat jugak buat tambah duit, sibukkan diri.
Ni nanti kalau Kak Long makan ubat yang doktor bagi, Kak Long okaylah. Adik
jangan risau okay. Yang penting sekarang ni Kak Long nak adik belajar
sungguh-sungguh, dapatkan kerja yang baik, nanti kalau Kak Long dah tak ada
sekurang-kurangnya adik dah boleh menanggung diri sendiri. Tak payah
menyusahkan Adi lagi. Adi pun tak lama lagi mesti nak kahwin, nak ada keluarga
sendiri. Kak Long nak adik janji dengan Kak Long, yang adik mesti habiskan
belajar, jaga diri baik-baik. Ingat, Kak Long sayang sangat dengan adik. Kak
Long cuma ada Adi dengan adik je tau kat dunia ni, koranglah harta Kak Long yang paling berharga. Boleh adik janji
dengan Kak Long?” Mata Isma Maria menatap lama wajah adik bongsunya, tubir
matanya cuba menahan air mata daripada keluar.
“Apa Kak Long merepek ni? Kak Long
dapat tengok adik berjaya nanti, Kak Long dapat tengok adik genggam segulung
ijazah nanti, Kak Long jangan risau. Ye Kak Long, adik janji adik akan habiskan
belajar, lagipun adik belajar dah tak lamakan, lagi satu semester je. Dah-dah,
mulai saat ni adik tak nak dengar Kak Long mengarut tak tentu pasal lagi okay?
Dah, Kak Long rehat je sekarang ni, biar adik masak. Kak Long ada nak makan
apa-apa tak? Adik boleh masakkan. Kak Long kena makan tau walaupun sikit,
jangan biar perut tu kosong. Kak Long nak bubur ayam tak? Adik master tau bab-bab masak bubur ni. Hehehehe…” Sempat lagi Arisa Maria
bergurau dengan Kak Longnya dengan memuji diri sendiri.
“Elehh, baru master, belum PHD lagi. Maknanya adik tak terrer sangat la masak bubur ni. Suka tau dia ni masuk lif naik
sendiri. Adik janganlah layan Kak Long macam orang sakit, tak nak lah makan
bubur. Kak Long teringinlah nak makan kuih buah Melaka. Adik boleh tolong
buatkan tak? Senang je kan buatnya, adik reti kan? Ingat tak Kak Long ada ajar
dulu?”
“Okay Kak Long, adik ingat. Kuih cam
tu senang, tak de hal lah. Small the
pieces. Tapi adik peliklah, bukan ke Kak Long tak suka makan kuih yang ada
salut kelapa ni? Ala, tak kisahlah, Kak Long nak tukar selera eh? Adik masak
jap tau. Jap lagi kuih dah siap Kak Long boleh makan. Tapi Kak Long Abang Adi
ni nak makan kang nak masak apa? Nasi
dengan telur dadar je boleh? Hehehehe…”
“Entah la adik, tiba-tiba Kak Long
terasa nak sangat makan. Adik ni kot ye pun janganlah malas sangat. Kesianlah
dekat Adi tu makan nasi dengan telur dadar je, macam nasi bujang pulak. Adik
masaklah tumis sayur bayam dengan goreng ayam. Selesai. Boleh tak? Kejap je tu
kan?” Isma Maria melihat adiknya sengaja mencebikkan bibir bawahnya. Tanda protes
la tu!
“Em, ye lah tu! Kak Long punya
pasal, adik buat jugak. Kalau Abang Adi yang suruh ni, jangan harap adik nak
buat, dah lah suka dengki adik. Menyampah!” Arisa membebel kecil sambil kakinya
menghentak kaki menuju ke dapur. Soal mandi nanti dulu.
“Ha, hentak-hentak kaki, Kak Long
kerat kaki tu nanti baru tahu! Hahahaha..”
Isma Maria semakin galak mengusik adik bongsunya.
Dalam masa setengah jam lebih Arisa
Maria selesai memasak. Mudah membuat kuih buah Melaka, tak perlu menunggu
tepung naik ke tak ke, dah siap uli boleh terus letak inti. Lepas tu, celurkan
je dalam air yang tengah mendidih. Bila tengok kuih tu dah timbul boleh angkat
dan toskan. Lumurkan pada kelapa yang sudah diparut yang sudah ditambah garam
sedikit supaya ada rasa lemak. Arisa Maria membuat kuih itu comel-comel, dalam
saiz yang kecil sahaja. Senang nak masuk mulut, telan terus! Tak payah gigit
pun boleh!
“Kak Long, adik dah siap masak. Cuba
adik tengok kuih buah Melaka ni, comel tak macam adik? Hehehehe… Kak Long rasalah, sedap tak. Adik letak inti gula Melaka
ni besar-besar tau, biar rasa manis sikit. Adik mandi dulu tau Kak Long, dah
melengas badan ni.” Lantas, Arisa Maria menuju ke bilik tidurnya dan mengambil
tuala mandi.
Usai menunaikan solat Maghrib, Arisa
Maria terus ke dapur untuk makan malam. Perutnya sudah berkeroncong, seperti
menari rancak minta di isi. Sememangnya Arisa Maria suka makan, tapi badannya
tetap maintain. Dia suka makan
makanan yang pelbagai dalam kuantiti yang sedikit. Kebanyakkan makanan yang dia
suka adalah makanan ringan. Dan dia akan pastikan setiap pagi akan makan sesudu
madu supaya jika dia tidak mengambil sarapan, perutnya mampu menahan lapar
sehingga ke waktu tengah hari. Mengikut kajian juga, diet yang terbaik adalah
madu, kurma dan susu kambing. Sunnah Rasulullah kot! Makanan kesukaannya
aiskrim! Memang sedap, manis dan sejuk!
“Hah!
Adik, melantak je tau eh! Bukannya nak tunggu Abang Adi makan sama-sama. Bak
sini pinggan, Adi lapar, nak makan la mommy!”
Hadi Azman menepuk bahu adiknya yang sedang enak menjamu selera. Lantas, Hadi
Azman menarik kerusi dan duduk di sebelah Arisa Maria.
“Ish,
Abang Adi ni! Terkejut adik tau tak? Kalau tersedak ni cam mana? Nasib baik
makan ayam goreng tau, bukan ikan goreng. Buatnya tercekik? Abang Adi nak bawa
adik masuk hospital ke? Adik masak simple je hari ni. Tadi Kak Long minta adik
buat kuih buah Melaka. So, tak sempat
nak masak macam-macam bagai. Abang Adi makan je apa yang ada okay!”
“Adik ni tanya macam machine gun tau, tak reti nak berhenti.
Abang Adi tak kisah makan apa pun, janji ada makanan, perut ni kenyang. Tapi
dik, kenapa kuih buah Melaka ni tinggal sikit? Adik buat sikit je ke?” Hadi
Azman menyoal adiknya kehairanan.
“Tau tak pe, adik buat banyak tadi
Abang Adi, satu pinggan penuh kot. Tengok-tengok tadi masa adik buka tudung
saji, tinggal banyak ni je. Kak Long makan banyak. Abang Adi tak pelik ke
kenapa Kak Long tiba-tiba suka makan kuih bersalut kelapa ni? Adik peliklah,
selalunya kuih buah Melaka ni kalau adik buat kita berdua je yang makan, Kak
Long tak pandang langsung. Ni Kak Long makan banyak pulak tu, adik rasa Kak
Long makan lebih dari sepuluh ketul ni. Pas tu Abang Adi tengok, tadi adik ajak
Kak Long makan nasi sama-sama, Kak Long tak nak. Dia kata tak ada selera, makan
kuih boleh pulak ada selera.” Arisa Maria berhenti makan nasi seketika, dia
menyuarakan pendapatnya yang hairan dengan kelakuan pelik Kak Longnya. Hatinya
mula dipaut kebimbangan, mula rasa tak sedap.
“Ala, apa nak dihairankan? Biasalah
tu dik, selera orang boleh berubah tau. Mana tau Kak Long teringin nak rasa
kuih bersalut kelapa. Ntah-ntah dia
teringat kita selalu kata kuih buah Melaka ni sedap kot. Dah-dah, jangan nak
ajak sembang pulak tengah nak makan ni. Makan lagi bagus tau daripada melayan
adik ni. Membebel je tahu.” Hadi Azman sudah mula menyendukkan nasi dan
mengambil seketul ayam goreng. Sayur bayam yang dimasak bening disudukan masuk
ke pinggannya penuh. Lantas, disuapkan ke dalam mulut. Mereka makan sambil
melayan perasaan masing-masing. Entah apalah yang difikirkannya.
“Mengata dulang paku serpih, mengata
orang dia yang lebih. Nak kata adik, Abang Adi pun sama suka membebel.” Terus
Arisa Maria menyambung menyuapkan nasi ke dalam mulutnya yang terhenti seketika
tadi.
Usai mereka makan malam bersama, Arisa
Maria mengemaskan meja makan. Sememangnya Arisa Maria tahu membuat kerja rumah,
dari kecil lagi dia sudah dididik oleh arwah ibunya, dan sejak ibunya meninggal
dunia, Isma Maria lah yang selalu membebel menyuruh Arisa Maria belajar
mengemas rumah. Hasilnya, Arisa Maria pandai mengemas rumah, setiap gerak geri
kerjanya lincah dan pantas. Dua kerja boleh buat dalam satu masa. Cuma, Arisa
Maria tidak berapa pandai memasak berbanding dengan Kak Longnya. Tetapi minat
memasak itu tetap ada, Kak Longnya lah yang menjadi guru kepada Arisa Maria.
Sememangnya jasa Isma Maria pada kedua adiknya tidak dapat mereka balas dengan
wang ringgit.
Arisa Maria pergi ke ruang tamu, dia
lihat Abang Adi sedang menonton televisyen. Mata besarnya galak mencari Kak
Longnya, namun tiada. Arisa Maria hairan. Selalunya waktu-waktu sebegini mereka
sekeluarga sering melepak di hadapan televisyen dan berborak kosong. Lantas,
Arisa Maria menuju ke bilik tidur Kak Longnya yang berada bersebelahan dengan
biilik tidurnya.
Isma Maria yang sedang duduk di
katil sambil tangannya memegang album keluarga. Arisa Maria lihat Kak Longnya
sedang menangis. Sekali lagi Arisa Maria hairan.
“Kak Long, boleh adik masuk?”
“Eh, adik, masuklah. Masuk bilik Kak
Long pun nak minta izin, apalah adik ni.” Tangan Isma Maria lantas menyapu air
mata yang berjujurai di pipi mulusnya. Cuba menyembunyikan daripada adik
bongsunya.
“Kak Long kenapa menangis ni? Kak
Long rindukan ibu dengan ayah eh? Janganlah menangis Kak Long, ibu dan ayah dah
lama pergi tinggalkan kita. Tak baik tau kita meratapi orang yang dah tak ada.
Adik pun selalu rindukan ayah dengan ibu tapi kita sebagai anak hanya mampukan
doakan mereka supaya mereka tergolong bersama orang-orang yang beriman kat
sana. Dah, adik tak nak tengok Kak Long menangis, kan dan buruk muka tu.”
Panjang lebar Arisa Maria berkata dengan Kak Longnya, tangan Arisa Maria
mengenggam tangan Isma Maria.
“Adik ni mengarut je, mana ada Kak
Long menangis. Mata Kak Long masuk habuklah. Ye, Kak Long tak tipu. Adik, Kak
Long penatlah, letih sangat hari ni.” Menyedari kehadiran Arisa Maria, dia
menutup album dan disimpan di dalam laci meja soleknya.
“Kalau dengan orang lain Kak Long
bolehlah tipu tapi bukan dengan adik tau. Adik tahu Kak Long menangis. Jangan
menangis lagi tau. Kak Long rehatlah, esok Kak Long ambil MC tau, jangan kerja.
Kalau Kak Long kerja jugak esok, siap. Memang nak kena dengan adik. Ni Kak Long
dah makan ubat ke belum? Mana ubat Kak Long? Meh sini adik suapkan, mana tahu
boleh baik cepat. Berkat tau Kak Long. Hehehehe…”
Sempat lagi Arisa Maria bergurau dengan Kak Longnya, menyembunyikan perasaan
yang sedang bimbang.
“Eh,
tak payah dik, Kak Long dah makan dah. Adik jangan risau, Kak Long sihatlah.
Kan Kak Long dah cakap tadi dengan adik, jangan layan Kak Long macam orang
sakit. Sekarang ni Kak Long nak tidur, rehat. Boleh tak? Lagipun Kak Long
tengah cuti solat ni.”
“Mestilah boleh, Kak Long ni. Adik
kalau boleh nak Kak Long sentiasa sihat, jangan sakit-sakit lagi macam ni. Kak
Long baringlah. Adik tutup lampu tau. Good
night Kak Long, sweet dream.”
Tangan Arisa Maria mencapai selimut dan menyelimutkan Kak Longnya hingga ke
paras dada. Satu ciuman melekat di pipi Isma Maria.
Arisa Maria kembali ke ruang tamu.
Dia lihat Hadi Azman masih khusyuk menonton televisyen. Arisa Maria mengambil
tempat duduk di sebelah abangnya, dan menampar perlahan betis abangnya yang
ditutupi dengan kain pelekat.
“Abang Adi tak kerja ke esok?”
“Kerjalah dik, tak kan nak ponteng
pulak. Kenapa?”
“Tak ada apa, saja tanya. Kak Long
adik suruh ambil MC esok, cadangnya nak bawak Kak Long pergi hospitallah bang.
Adik tengok keadaan Kak Long macam makin teruk je. Risaulah. Tapi Abang Adi
tahu je lah dengan perangai Kak Long tu, mana nak pergi hospital. Alasan dia
dah pergi klinik dengan kawan dia. Ntah betul
ke tak. Kalau dah pergi ke klinik tak kan lah tak baik lagi sampai sekarang.
Kak Long tu dah kerap sangat sakit. Dalam sebulan je dah berapa kali bila adik
telefon dia selalu cakap dia tak sihat, ambil MC.”
“Abang Adi tahu tu, Abang Adi duduk
24 jam kan dengan Kak Long. Abang Adi dah puas pujuk Kak Long tu ajak pergi
hospital, tak nak je memanjang. Tension
betul. Kalau adik nak Abang Adi hantarkan boleh, tapi kena pergi pagilah. Tak
pun waktu lunch nanti, Abang Adi
boleh curi masa sikit balik rumah. Yang penting adik kena pujuk Kak Longlah.
Adik jangan risau sangatlah, Kak Long tu tak ada apa-apa. Biasalah, Kak Long tu
dari kecil lagi kan selalu demam. Adik ingat tak? Dulu kita tiga beradik rajin
main hujan. Yang senang kena sakit Kak Longlah. Pantang kena hujan sikit, dah
demam.” Hadi Azman cuba menyakinkan adiknya bahawa Kak Long mereka tiada
apa-apa. Jauh di lubuk hati Hadi Azman, dia juga risau dengan kesihatan Isma
Maria yang semakin tidak menentu sejak kebelakangan ini.
“Ye lah, esok pagi adik cuba pujuk
Kak Long. Mana tahu dia nak. Adik nak masuk tidur dululah Abang Adi, penat
berjalan je dengan Rohani petang tadi. Good
night Abang Adi. Tu nanti tv jangan lupa tutup. Abang Adi selalu tidur
depan tv dengan tv tak tutup. Lain kali set
time bila tv tu boleh tutup sendiri. Membazir elektrik je tau tv terbuka
tapi tak ada orang tengok.” Arisa Maria mengingatkan Hadi Azman yang sering
lupa menutup televisyen. Arisa Maria bangun dari tempat duduknya, dia sudah
mengantuk benar. Di kepalanya hanya mahukan bantal busuknya.
“Adik, nanti kalau jumpa Rohani lagi
kirim salam kat dia eh. Hehehehe..”
“Gatallah tu, kalau nak sangat kenal
dengan Rohani tu pergilah cakap sendiri, adik tak nak tolong. Kirim salam je
boleh.”
“Eh, adik! Adik!”
Arisa Maria tidak mempedulikan lagi
panggilan abangnya, malas mahu melayan. Esok sahajalah bercakap. Tibanya di
bilik tidur, Arisa Maria lantas membaringkan badannya tanpa mengambil wuduk,
letih benar. Terus terlelap dibuai mimpi.
Dalam mimpi Arisa Maria dia dapat
lihat Kak Longnya memakai baju berwarna serba putih. Kak Longnya mahu menaiki
kereta api dengan membawa beg! Arisa Maria dan Hadi Azman mengejar Kak Longnya
yang sedang berdiri di hadapan pintu kereta api. Kereta api bergerak laju. Isma
Maria melambai kepada mereka berdua sambil tersenyum.
“Kak Long! Kak Long! Kak Long!
Jangan tinggalkan adik! Kak Long!”
Arisa Maria terjaga dari lenanya.
Terkejut dengan mimpi yang dialaminya tadi. Hatinya mula dipaut kerisauan.
“Ya ALLAH, aku bermimpi rupanya.”
Nafas Arisa Maria tercunggap-cunggap seperti baru berlari pecut 100 meter.
Rasanya seperti dia benar-benar berlari dalam mimpi itu mengejar Isma Maria.
Lantas Arisa Maria bangun daripada
katilnya dan dia menuju ke bilik tidur Isma Maria. Arisa Maria lihat Kak
Longnya sedang nyenyak tidur, hatinya menarik nafas lega apabila melihat Kak
Longnya tidak pergi ke mana-mana. Langkah kaki Arisa Maria diteruskan lagi
menuju ke bilik air. Tidak mahu mengejutkan Kak Longnya semata-mata dengan mahu
menceritakan tentang mimpinya yang mengarut. Dia mengambil wuduk dan mahu
menunaikan solat Tahajud. Dalam solatnya Arisa Maria berdoa panjang meminta
kepada Yang Maha Esa agar sentiasa melindungi dan memberikan kesihatan yang
baik kepada Isma Maria. Biarlah kalau boleh Isma Maria sihat sentiasa. Tak
sanggup lagi rasanya kehilangan orang yang tersayang.
“Di antara
tanda berpaling dari ALLAH dari seorang hamba adalah ALLAH menjadikan
kesibukannya pada perkara-perkara yang tidak bermanfaat baginya.” – Imam Hassan
Al-Basri.
No comments:
Post a Comment